2 Kunci Agar Rezeki Dan Ketenangan Datang Dalam Hidup Kita

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa kita selalu rasa duit sentiasa tak cukup, hidup dalam kesempitan. Walaupun gaji besar, tapi sentiasa tidak cukup.

Tepuk dada tanya selera kadang – kadang tu sebenarnya kita terlupa dan Allah sempitkan rezeki kita sebab dia nak kita ingatkan dia. Ini ada sebuah kisah yang dikongsikan. Isi kisah ini cukup mendalam.

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun res4h dan rasa nak m4rah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.)

Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan meny4kitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita s4kitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat s4lah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, meny4kitkan, menyus4hkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

(Tak lama dia datang jumpa saya.)

Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan sil4p saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena s1h1r. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya t1pu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..☺☺☺☺

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi semp1t dan tak tenang kerana lupa diri dan meny4kitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: facebook/Ustaz Ebit Lew via aliffchannel

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "2 Kunci Agar Rezeki Dan Ketenangan Datang Dalam Hidup Kita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*