Umie, Erra saling berpeluukan… “Semua salahkan aku sebab tak maafkan dia”

PERSENGKETAAN antara aktres Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-duanya bersemuka bagi menjernihkan keadaan.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, yang enggan bermasam muka dengan Erra mengakui kini sudah berbaik semula selain turut meminta netizen agar tidak bercakap mengenai hal ini.

“Semua salahkan aku kerana tak maafkan dia (Erra). Ya Allah.

“Sekian terima kasih dan harap netizen tak bercakap isu ini lagi.

Antara catatan Umie di Insta story miliknya.

“Semoga kita semua di dalam rahmatNya. Amin,” tulisnya.

Umie berkongsi mengenai hal itu menerusi video bertarikh 14 Jun 2019 yang memaparkan kedua-dua mereka saling berpeluukan.

Sementara itu, semakan mStar di laman sosial kedua-dua pelakon ini juga mendapati mereka menutup ruangan komen masing-masing.

Umie memadam luahan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Pada Khamis lalu, Umie menerusi laman Instagramnya mendedahkan dirinya dikhi4nati seorang sahabat baik.

Menerusi catatannya itu, Umir berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Susulan itu, Erra mengakui kesilapannya melukai sahabatnya itu telah memohon maaf buat kali ketiga.

Erra turut memberitahu Umie pernah menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Umie, Erra saling berpeluukan… “Semua salahkan aku sebab tak maafkan dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*