“Saya dah jadi ayah!” – Isteri Abam selamat lahir bayi lelaki

PELAWAK Abam Bocey berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki mereka di Hospital Selayang pada Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, meluahkan rasa syukur isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak lelaki… Allahuakbar Allahuakbar! Terima kasih kepada yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya.

Abam berkongsi berita gembira di Instagram.

“Terima kasih jururawat dan doktor Hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah subnaAllah masyaAllah. Saya dah jadi ayah!” kata Abam.

Abam berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat dan rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya dah jadi ayah!” – Isteri Abam selamat lahir bayi lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*