Hebatnya Kuasa Doa Yang Kita Tak Tahu

Doa ialah satu situasi seorang manusia itu meminta-minta kepada Yang Maha Pencipta. ALLAH SWT menurunkan ujian kepada hamba-NYA kerana mahu mendengar rintihannya. Mintalah kepada ALLAH, mintalah apa-apa sahaja.

Justeru, misalnya anda mempunyai masalah dalam soal jodoh mahupun rumahtangga, berdoalah kepada ALLAH supaya segalanya dipermudahkan. Usahlah pernah jemu untuk berdoa kerana doa mempunyai kuasanya yang tersendiri.

PENGABDIAN Tidaklah kita dicipta di muka bumi ini selain daripada untuk menyembah ALLAH. Justeru sebagai hamba yang lemah, apa lagi yang hendak kita lakukan selain berdoa dan berusaha memperbaiki keadaan demi kehidupan yang lebih baik.

ALLAH mendengar doa yang kita mohonkan. Terserah kepada ALLAH untuk memakbulkannya atau tidak. Jika doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, percayalah pasti ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada hari kemudian.

MENGUBAH HIDUP Percaya kepada doa yang dipohonkan membuatkan seseorang itu menjadi lebih positif. Berdoalah dengan kepercayaan yang utuh bahawa ALLAH mendengar apa yang kita minta. Usah sesekali berpaling dan kecewa kepada doa.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Ubah corak pemikiran anda menjadi lebih positif dan lihatlah kesannya. Memanglah tatkala sedang bersedih, kita terarah untuk menjadi seorang yang negatif. Namun, doa yang tulus ikhlas kepada ALLAH, pasti akan dapat membantu anda menjadi lebih positif.

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

1)Ketika sahur atau sepertiga malam.

2)Ketika berbuka puasa.

3)Ketika malam lailatul qadar.

4)Ketika azan berkumandang.

5)Ketika sedang sujud dalam solat.

6)Sebelum memberi salam pada solat fardu.

7)Pada hari Jumaat (penghulu segala hari).

8)Ketika waktu hujan.

9)Pada Hari Arafah.

10)Sewaktu minum air zamzam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : kashoorga

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hebatnya Kuasa Doa Yang Kita Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*