Ini Luahan Mengejut Bella Kepada Bekas Suami Yang Ditudvh Lukis Tatoo

Bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa simpatinya kepada keadaan bekas suaminya itu.

Bella menerusi Instagram miliknya berkata, Aliff telah diani4ya oleh orang yang baru sahaja dikenalinya.

“Saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga.

“Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru sahaja dia kenal Yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam,” jelasnya.

Menurut Bella, sebelum pergi bercuti ke Melbourne, Australia baru-baru ini, dia ada pergi ke Singapura untuk membawa anaknya Ayden meluangkan masa bersama-sama dengan Aliff.

Dalam pada itu, Bella menyatakan dia tidak ada menyimpan dendam dan sudah 100 peratus memaafkan bekas suaminya itu.

“Aliff seorang yang bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada sesiapun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya.

“Soal tattoo boleh check ig @leahenna_artis sebab Kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit:kopiplanet

 

Artikel berkaitan

Terdahulu, Belum sempat kes kecvrian membabitkan Aliff Aziz, 32, reda diperkatakan, penyanyi kelahiran Singapura itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan imej bertatu.

Berdasarkan beberapa keping foto yang tular pada laman Twitter, Aliff turut dilihat melukis tatu dengan tulisan nama Bella di bahagian dadanya.

 

Bahkan, sekeping foto lagi menampakkan hampir keseluruhan kulit di bahagian belakang badannya penuh dengan tatu hingga ke pangkal tengkuk.

“Ya Allah, apa dah jadi Aliff? Kenapa macam tak terurus?” tulis seorang individu menzahirkan reaksinya terhadap perubahan ketara dialami bekas suami kepada Bella Astillah itu.

Pun begitu, ada warganet yang berpendapat, tatu dibuat Aliff itu dilukis menggunakan inai, bukan cacahan tatu sebenar.

Sementara itu, individu lain menerusi ulang kicaunya berharap agar keluarga penyanyi tinggi lampai itu mengambil tindakan segera bagi membendung permasalahan dihadapi Aliff.

“Sebelum dia jadi makin teruk, harap ahli keluarga, kenalan atau sesiapa saja yang rapat dengannya menyarankan agar dia menjalani sesi kaunseling atau berjumpa pakar psikiatri,” komennya memberikan cadangan.

Biarpun masih banyak komen berbaur kritikan dan kecaman dilemparkan, namun beberapa komen bersifat positif turut kelihatan termasuk luahan rasa simpati segelintir pihak.

“Janganlah kecam dia lagi. Rasanya kita sendiri pun boleh nampak keadaan dirinya yang tak keruan selepas bercerai dengan Bella.

“Anggap saja dia dah terima balasan atas kesilapan dilakukan. Kita yang tiada kaitan ini, usahlah tambah kesengsaraan ditanggung Aliff dengan mengecam atau mengejinya.

“Takut nanti, unsur-unsur negatif itu jika berlarutan akan memudaratkannya, sekali gus menyebabkan Aliff berasa tertekan dan boleh mendatangkan bahaya,” nasihat seorang warganet yang berharap semua . – sumber: MHE TV

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ini Luahan Mengejut Bella Kepada Bekas Suami Yang Ditudvh Lukis Tatoo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*