Gadis ini Terus Vir4l Bila Minta Wang Hantaran RM15,000 Sebab Ada Degree

JUMLAH wang hantaran tidak pernah lekang di bibir masyarakat, malahan ada segelintir gadis atau keluarga yang menetapkan ‘harga’ sendiri.

Terbaharu, kec0h video tular mengenai sesi temubual mengenai perkahwinan seorang gadis berkaitan jumlah wang hantaran.

Menurut gadis itu, dia sebenarnya tidak kisah berapa jumlah wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.

“Wang hantaran sebenarnya tak kisah pun, atas pihak lelaki lah. Dia mampu nak bagi berapa kan.

“Tapi, bila cakap macam tu… tak boleh lah pihak lelaki cuma nak bagi setakat RM1,000 atau RM2,000 je,” katanya.

Namun, gadis tersebut mendapat kec5man netizen apabila dia mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.

“Kenalah tengok tahap pendidikan juga. Macam I… I ada degree  (Ijazah Sarjana Muda) mesti lah nak sekurang-kurangnya RM10,000 ke, paling kurang pun RM15,000,” katanya.

Bagaimanapun, klip video yang tular hanyalah sebahagian daripada video versi penuh, di mana gadis tersebut terus membicarakan tentang wang hantaran.

Salah seorang daripada empat gadis ditemubual mengenai perkahwinan.

“Kalau ada pilihan, sudah tentu ambil RM15,000… tak kan nak ambil yang rendah,” katanya ketika ditanya sama ada memilih wang hantaran RM10,000 atau RM15,000.

Ditanya sama ada boleh berunding berhubung jumlah hantaran, gadis tersebut menjawab ia bergantung kepada keadaan.

Video versi penuh berdurasi kira-kira tujuh minit, yang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan itu menemubual empat gadis berkaitan dengan perkahwinan.

 

Sebab saya dah habis degree, kerja pun quite bagus juga, gaji boleh tahan, jadi dalam RM20,000 – RM30,000 pun ok

GADIS

Antara soalan-soalan yang dikemukakan seperti majlis kahwin, baju pengantin, persandingan dan bridemaids (gadis pengiring pengantin).

Mengenai wang hantaran, seorang gadis lain berpendapat tidak adil sekiranya disamakan jumlah wang hantaran itu untuk bakal pengantin yang mempunyai pendidikan bertaraf Ijazah (Master) dan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sebab saya dah habis degree, kerja pun quite bagus juga, gaji boleh tahan, jadi dalam RM20,000 – RM30,000 pun ok,” ujar seorang lagi gadis.

Antara komen netizen berhubung pandangan seorang gadis mengenai wang hantaran.

Pengakuan gadis itu dikritik netizen mengenai pandangannya yang tidak konsisten berhubung nilai wang hantaran yang perlu ditetapkan kepada pihak lelaki.

“Hahaha, dia punya tak kisah sampai hujung ada terletak RM15,000,” kata seorang netizen.

“Perempuan ni nak apa? Kejap kata tak kisah berapa. Kejap nak RM10,000 tapi sekurang-kurangnya RM15,000. Ni kalau kahwin dengan dia ni mesti menyusahkan,” sindir netizen.

“Memang belajar tinggi-tinggi untuk naikkan nilai hantaran ke bukan untuk naikkan nilai diri?” soal netizen.

“I rasa kalau you nak kahwin, jadi kedua-dua pihak patut mula menabung. Nak cari duit sekarang susah. Dan nak kahwin tu bukan kaum adam je, tapi kaum hawa juga. Oleh itu, bertimbang rasa lah,” ujar seorang netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gadis ini Terus Vir4l Bila Minta Wang Hantaran RM15,000 Sebab Ada Degree"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*