Baca Ayat Ini 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu, Semoga Mendapat Pertolongan Dari Allah.

Lumrah hidup bagi seorang manusia,kan diberikan ujian dan kesusahan oleh Allah. Sesuatu kesusahan pastinya akan berakhir dengan kebaikan. Allah janjikan. Oleh itu kita hendaklah bersabar dengan kesusahan yang diberikan oleh Allah dan yakin setiap kesusahan ini pasti ada hikmahnya. Cuba amalkan doa ini 7 kali setiap selesai solat. Semoga kita diberikan pertolongan oleh Allah.

  1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
  2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
  3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
  4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
  5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
  6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
  7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa komen dan share kisah ini untuk berkongsian manfaat bersama orang lain. Terima kasih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber: myinfomaya

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Baca Ayat Ini 7 Kali Setiap Kali Selesai Solat Fardhu, Semoga Mendapat Pertolongan Dari Allah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*