Tahun ini, kemeriahan Syawal bagaikan tidak lengkap buat pengacara Dayah Bakar.
Tidak pernah menyangka perkara sedih ini berlaku pada bulan yang mulia Ramadan, Dayah kehilangan pakcik kesayangannya.
“Allahuakhbar….memang Syawal tahun ini Syawal yang s3dih buat saya dan keluarga, apabila pakcik tersayang kembali menemui Sang Pencipta.
“Dia meningg4l dunia beberapa sebelum Ramadan . Kej4diannya berlaku saat dia melakukan aktiviti berbasikal.“Namun tiba-tiba dia pengs4n . Memang sangat terasa kehilangan sebab kami sekeluarga sangat rapat dengan Acu,” kata Dayah kepada MHE TV.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, memberitahu arw4h pakciknya, Azhan atau dipanggil Acu, 57, di kalangan keluarga, seorang yang sihat dan sangat aktif.
“Apa yang saya sedih sekali, Tok sayalah yang paling terasa dengan kehilangan Acu. Sebabnya arw4h Aculah hidup menjaga Tok sampai ke akhir hayatnya.“Arw4h Acu belum berkahwin. Dan bayangkanlah seluruh hidupnya memang berbakti untuk Tok dan keluarganya,” ujar
Dayah.Sesungguhnya, kita tidak tahu bila ajal kita datang menjemput dan bagaimana kita akan pergi.Dari Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.
Semoga arw4h Acu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: MHETV
Apa kata anda?
Be the first to commenton "“Allahuakhbar….memang Syawal tahun ini Syawal yang sedih buat saya dan keluarga” – Dayah Bakar"
Be the first to comment on "“Allahuakhbar….memang Syawal tahun ini Syawal yang sedih buat saya dan keluarga” – Dayah Bakar"