5 Aktres Bollywood Ini Masih Single Dan Usia Mereka Dah Lebih 40 Tahun. No 1 Tu Rupanya Pernah Menang Ratu Cantik Miss Universe..

Bila dan dengan siapa untuk bernikah adalah sesuatu ketentuan tuhan, kalah dah jodoh tak ke mana! Dalam masyarakat India, memang jarang dengar yang belum bernikah di atas usia 30 tahun menjadi isu untuk dibualkan. Salah satunya adik Kajol, Tanishaa Mukerji yang belum bernikah di usia 40 tahun.

Tanishaa Mukerji merupakan adik Kajol yang lahir pada 3 Mac 1978. Pelakon filem Anna ini pernah digosipkan dengan Uday Chopra dan Armaan Kohli tapi tak sampai ke tahap perkahwinan.

Meskipun Tanishaa amat sangat mengagumi kerasian Kajol dan Ajay Devgan, tapi dia belum menemukan seseorang yang tepat untuk dirinya sendiri. Tanishaa Mukerji mulai hadir di dunia perfileman Bollywood sejak tahun 2003 menerusi filem Sssshhh…

Selain, Tanishaa Mukerji, 4 artis cantik Bollywood di bawah ini juga masih single di usia 40 tahun.

1 Sushmita Sen

Pernah dimahkotakan sebagai Miss Universe tahun 1994 pada usi masih muda iaitu 18 tahun, Sushmita Sen sehingga kini selesa dengan statusnya masih single dan belum berkahwin. Selain menjadi wanita India pertama yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Miss Universe, Sushmita Sen juga wanita yang baik kerana memutuskan untuk mengambil anak angkat iaitu Renee dan Alisah.

2.Ekta Kapoor

Nama yang popular di industri TV, Ekta Kapoor juga belum menikah di usia 43 tahun. Ekta adalah penerbit dan pengarah filem Bollywood yang lahir pada 7 Jun 1975. Ekta pernah membuat kenyataan yang tajam saat ditanya soal pernikahan dan anak.

”Semua kawan saya yang sudah bernikah kini bercerai. Dengan jumlah perceraian yang saya lihat baru-baru ini, saya fikir saya manusia yang sabar. Setidak-tidaknya, saya menunggu saat yang tepat. Satu hal yang pasti saya menginginkan seorang anak tetapi soal pernikahan, saya tak yakin. Saya lebih suka sibuk daripada bosan,” ungkap Ekta Kapoor yang dipetik dari bollywoodshaadis.com.

3.Tabu

Tabu adalah salah satu aktris popular Bollywood yang paling ditunggu peminatnya untuk bernikah. Pemilik nama asal Tabassum Fatima Hashmi ini lahir pada 4 November 1971.

Tabu sering tampil dalam filem-filem berbahasa Inggris, Telugu, Tamil, Malayalam, Marathi dan Bengali. Dia pernah memenangi Penghargaan Filem Nasional untuk Aktris Terbaik sebanyak dua kali dan meraih tujuh Penghargaan Filmfare. Di usia 47 tahun, Tabu belum menikah.

4. Ameesha Patel

Ameesha Patel adalah aktres popular Bollywood yang lahir pada 9 Jun 1976. Wanita cantik ini mucul buat kali pertama dalam filem populer thriller romantis berjudul Kaho Naa… Pyaar Hai bersama Hrithik Roshan tahun 2000.

Aktres yang pernah dapat julukan aktres terseksi ini masih single di usia 42 tahun. Filem terbarunya yang akan tayang pada 23 November 2018 adalah Bhaiaji Superhit bersama Sunny Deol dan Preity Zinta.

Itu dia 5 artis Bollywood masih single di usia 40 tahun. Yang mana idola anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: hangat via menujukebenaran

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "5 Aktres Bollywood Ini Masih Single Dan Usia Mereka Dah Lebih 40 Tahun. No 1 Tu Rupanya Pernah Menang Ratu Cantik Miss Universe.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*