7 Niat Yang Perlu Diniatkan Ketika Membaca Al Quran

7 Niat Yang Perlu Diniatkan Ketika Membaca Al Quran

Niat adalah satu perkara yang sangat penting dalam melakukan apa-apa perkara pun. Kerana setiap perkara itu, Allah akan menilainya berdasarkan niat.

Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya.

Niat

Bulan Ramadhan yang mulia ini, sunnah nabi bertadarus Al Quran boleh dikatakan sudah menjadi budaya masyarakat kita. Ianya satu perubahan yang sangat baik.

Ketika kita bertadarus Al Quran, untuk menjadikan amalan bertadarus Al Quran itu mudah diterima oleh Allah. Kita hendaklah sentiasa ‘check’ apakah niat kita bertadarus.

Persoalannya, apakah yang niat yang perlu diniatkan oleh kita?

Saya akan berkongsi 7 niat yang perlu diniatkan oleh kita.

  1. Niat membaca Al Quran supaya kita memahami apa yang diminta  oleh Allah sebagai hambaNYA.
  2. Niat membaca Al Quran dengan tujuan memohon diberikan taufik & hidayah daripada Al Quran
  3. Niat membaca Al Quran supaya dicampakkan rasa cinta kepada Allah, Nabi SAW dan kepada Al Quran.
  4. Niat membaca Al Quran supaya Allah mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya (Nur AL Quran)
  5. Niat membaca Al Quran supaya Allah mempertingkatkan keimanan & keyakinan kepada Al Quran
  6. Niat membaca Al Quran supaya Al Quran menjadi petunjuk jalan ketika menjalani kehidupan di dunia, pembela di dalam kubur, Pemberi Syafaat pada hari Akh1rat, Cahaya ketika melalui titian sirat, Kekasih di dalam Syurga Firdaus & Pendinding kepada 4pi ner4ka.
  7. Niat membaca Al Quran supaya diberikan darjat yang tertinggi di dalam syurga kepada diri & Ibu Bapa & keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Almukhlisin

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "7 Niat Yang Perlu Diniatkan Ketika Membaca Al Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*