Shiha Zikir Gembira ‘KEMBAR’ Menerima Pingat Bergelar DATUK SERI, Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

TUMPANG gembira. Penyanyi cantik lawa Shiha Zikir  mengucapkan tahniah kepada penyanyi popular Indonesia Rossa yang mendapat gelaran Datuk Seri sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober.

Rossa atau nama sebenarnya, Rossa Roslaina Handiyani, mendahului penerima darjah kebesaran  Darhah Sri Sultan  Ahmad Shah  membawa gelaran Datuk Seril di Istana Abu Bakar Pekan.

“Saya turut happy untuk Datuk Rossa dj atas gelaran terkini sebagai Datuk Seri.  Kami pernah berjumpa waktu saya terlibat dengan program D Academy Asia , kami pernah berduet dan ketika beliau datang ke Kuala Lumpur, sebelum ini, “kata Shiha yang pernah digelar kembar penyanyi lagu hits Ayat Ayat Cinta itu, kerana mirip wajah yang sama.


Rossa kini membawa gelaran Datuk Seri

 

Malah pernah Rossa ingin bertemu dekat dengan Shiha ketika dikatakan ada artis negara ini punya wajah seakan dirinya.

“Sangat merendah diri orangnya, kami pernah bertanya khabar di whatsapp dan berbalas pesanan di laman instagram.

“Saya berharap dapat sepentas untuk showcase atau konsert dengannya jika berpeluang sama ada di sini atau sana.

“Kalau boleh nak menambah ilmu seni dengannya juga, apatah lagi dia lebih awal berpengalaman dalam dunia hiburan, “kata Shiha.


Shiha amat mengagumi Rossa

Ucapan tahniah kepada Rossa atas pingat yang diterima.

Semoga Datuj Seri Rossa mahupun Shiha akan terus sukses dalam kerjaya seni.

Rossa kini bergelar Datuk Seri

PENYANYI Indonesia, Rossa, 40, menyifatkan penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu.

Beliau antara 19 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Majlis Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Pemilik nama sebenar Rosa Roslaina Handiyani itu berkata, penganugerahan pingat itu akan menjadi pemangkin dalam karier seninya di industri muzik serantau.

“Mungkin 2018 adalah tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaan yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini beliau masih mempromosikan albumnya ‘A New Chapter’ dan lagu duet terbaru bersama D’Masiv, Bukan Maksudku.

Rossa berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.

Sementara itu, artis veteran tanah air, Amir Hamzah Salleh, atau ND Lala, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Daripada jumlah itu, seramai 19 individu dianugerahkan SSAP membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SSAP ialah Raja Puan Mahkota Perak, Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Mohd Fauzi Abdul Rahman.

Selain itu, Pengarah Kanan (Bahagian Siasatan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani; Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dan Presiden Persatuan Bolasepak Myanmar, Zaw Zaw.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : hmetro.com / mediaohsem.com

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Shiha Zikir Gembira ‘KEMBAR’ Menerima Pingat Bergelar DATUK SERI, Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*