“Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil

PELAKON Lisa Surihani meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang sedang dihadapi oleh pelakon Datuk Farid Kamil apabila dijatuhkan hukvman penj4ra selama sembilan bulan atas penyal4hgunaan d4dd4h. 

Lisa turut menyifatkan isteri kepada Farid iaitu Datin Diana Danielle sebagai wanita yang sangat tabah dan menganggap apa yang sedang keluarga itu dilalui bukan sesuatu yang mudah.

“Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah. Mengenali Diana, dia seorang wanita yang sangat mengagumkan. Dia seorang yang sangat kuat malah dia telah membuktikannya.

“Saya tak dapat lihat kekuatan itu pada mana-mana wanita lain. Saya tidak memandang rendah kekuatan yang dimilikinya untuk berdepan masalah itu.

“Walaupun Diana okay, tetapi sebagai rakan akan bertanya khabar mengenainya. Seperti yang semua tahu saya dan Diana, kami sangat rapat dan kami berkawan baik,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Astro di Hotel Majistic, Kuala Lumpur.

Lisa mengakui sering bertanya khabar kepada Diana Danielle yang merupakan salah seorang rakan karibnya.

Tambah Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, hanya doa yang dapat dititipkan buat buat rakan karibnya itu agar terus kuat menghadapi dugaan.

“Doa saya sentiasa bersama Farid Kamil dan keluarga terutama sekali kepada Diana.

“Jika itu sahaja yang saya mampu buat untuk membantu, iaitu dengan berdoa, saya akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

“Antara saya dan Diana, ia lebih kepada hal peribadi… sebagai teman yang paling rapat, sudah tentu anda akan sentiasa bertanya khabar,” katanya.

Dalam pada itu, aktres ini mendedahkan sudah lama tidak berhubung dengan Farid sejak lakonan menerusi Lagenda Budak Set4n sebaliknya menjadi semakin rapat dengan Diana.

Farid Kamil kini sedang menjalani hukvman selama sembilan bulan di Penj4ra Kajang.

“Saya mengakui pernah bekerjasama dengan Farid sebelum ini tetapi saya dan Farid sudah hampir tujuh tahun kami tidak bersembang atau bertanya mengenai perkembangan masing-masing sejak kali terakhir kami bekerjasama.

“Sebaliknya saya menjadi lebih rapat dengan Diana. Bagaimana sifat dia sebelum ini dan sekarang, saya tak dapat nak ungkapkan.

“Berhubung isu Farid itu… saya tidak mahu komen kerana saya percaya banyak perkara yang saya tidak tahu hujung pangkalnya. Apapun, saya harap urusan mereka sekeluarga akan dipermudahkan, Insyallah,” katanya.

Rabu lalu, Mahk4mah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid Kamil Zahari menerima hukvman penj4ra sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antid4d4h Kebangsaan (AADK) selama dua tahun 

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan k3s malampaui keraguan munasabah.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*