“Sebagai Bukan Islam, Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih…” – Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sayu

Gambar dua pekerja Pos Malaysia yang sedang berbuka puasa ini memaparkan realiti sebenar yang tidak semua bernasib baik untuk berbuka bersama ahli keluarga tercinta.

Gambar terbabit dimuat naik oleh seorang individu bernama Iskandar Muadz sejak semalam dan kini tular di Facebook hingga dikongsi sebanyak 4,500 kali oleh warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pekerja Amanah, Aspirasi Negara. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2019 ! . . . . #posmalaysia #posmen #poslaju #hariPEKERJA2019

A post shared by Pos Malaysia Berhad (@pos4you) on

Malah beberapa jam kemudian posting terbabit turut dikongsi oleh laman rasmi Facebook Pos Malaysia sendiri.

Menurut posting Iskandar Muadz itu, kedua-dua pekerja Pos Malaysia ini difahamkan sedang bertugas lebih masa dan secara kebetulan telah dijemput oleh tuan rumah untuk makan bersama memandangkan telah masuk waktu berbuka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah menewaskan Thanos, Spiderman tetap istiqomah menyambung kerja tetapnya. #posmenheroku #endgame #avengersendgame #spiderman #dontspoiltheendgame

A post shared by Pos Malaysia Berhad (@pos4you) on

“Kesian adik-adik pos laju ni. Syukur masih ada yang baik hati panggil diorang masuk berbuka sama. Bila ditanya, mereka ini ada kerja lebih masa, sibuk sangat,” katanya.

Tambahnya, dia menasihatkan pada mereka yang membeli barang secara atas talian diharapkan supaya banyakkan bersabar dan bertabah.

“Tolak ansur sikit, mereka bukan robot. Kalau ada kesilapan kecil boleh selesaikan pelan-pelan,” katanya.

Sementara itu rata-rata warganet mendoakan supaya tuan rumah dan dua pekerja Pos Malaysia ini dimurahkan rezeki. Tambah manis, gambar ini turut menarik perhatian warganet yang bukan beragama Islam.

Ini antara komen mereka:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Sebagai Bukan Islam, Saya Sangat Mengerti Pahit Jerih…” – Gambar Pekerja Pos Malaysia Ini Undang Rasa Sayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*