Neelofa Jangan Belag4k Diva Dan Kekwat Sangat Sebab Dunia Ini Ibarat Roda, Hidup Tak Sentiasa Di Atas

PESANAN MESRA BUAT ARTIS KEBANGGAAN MALAYSIA- NEELOFA

Be profesional

-Hormati Karya Seni orang lain (anda juga anak seni kan?)

-Jangan Belagak Diva dan kekwat sangat sebab dunia ini ibarat roda, hidup tak sentiasa di atas

Di dinihari pagi yang hening ni saya selaku pemilik dan founder kepada Glowing Party House iaitu sebuah syarikat chain supply party shop dan balloon supplier ini terasa amatlah berkecil hati dengan artis kebanggaan majority rakyat Malaysia. Kali ini betul² sangat sedih dan berkecil hati dengan bad attitude dan perangai berlagak diva nya seorang artis yang dikatakan sudah international level ni.

Pertama sekali saya mohon maaf kerana dalam tulisan saya kali ini saya terpaksa reveal status saya sebagai owner. Seriously this is not me, even tak pernah sekali pun rasanya dalam mana² tulisan saya sebelum ini yang mana saya dengan sengaja nak highlight berkenaan status saya dalam syarikat kerana saya bukanlah sejenis manusia yang merasa bangga dengan gelaran founder, owner, ladyboss. Bigboss or etc. Malahan saya selalu ingatkan pekerja saya tolong jangan bagitau saya boss unless orang tu dah memang tahu sendiri. Pada saya tiada isu pun walau apa pun jawatan kita dalam syarikat dekat luar kita tetap manusia yang sama taraf disisi Allah tiada beza hanya yg berbeza adalah tanggungjawab kita sahaja.

Baiklah untuk menyoroti kembali kejadian pada malam tersebut, glowing Party House adalah syarikat yang telah dilantik untuk menaja dekorasi belon bersempena dengan sambutan 1 Million Subscribers Youtube MeleTop.

Buat pengetahuan semua, sepanjang 6-5 tahun yang lepas Glowing Party House berbesar hati kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan program MeleTop ini dan sepanjang tempoh tersebut tidak pernah timbul sebarang masalah pun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Namun tidak pada kali ini, dan perkara ini telah menyebabkan kami selaku penaja sangat² berasa kesal dan tidak berpuashati dengan host rancangan tersebut iaitu Neelofa.

Neelofa yang umum tahu adalah artis yang bertaraf antarabangsa namun pada malam tersebut sikap beliau tidak mencermin beliau selayaknya menyandang tittle tersebut.

Ini kerana Neelofa seolah² berlagak diva dan tidak menghormati kami sebagai pihak penaja apabila beliau tanpa segan silu terus bertanya sejurus selepas beliau memasuki studio pada kira² jam 6.40pm beliau bertanya samaada dekorasi belon ini adakah hanya pada segmen pertama sahaja ataupun sehingga ke akhir rancangan tersebut.

Apabila manager menjawab sehingga keakhir program, beliau terus meminta supaya dekorasi belon tersebut hanya dibuat pada 1 segmen awal sahaja ataupun arrangement tersebut perlu diubah dan dialihkan ketepi semuanya kerana beliau tidak mahu dekorasi belon tersebut berada dibahagian belakangnya ataupun tiada langsung di dalam rancangan tersebut.

This is bad attitude and no manners at all pada kami kerana sedangkan pada masa tersebut beliau tahu yang kami masih berada disana kerana dalam proses akhir setup dan masih ada sesi mengemas. Tidak kah beliau sedar yang perkara tersebut akan mengguris perasaan kami selaku penaja?

Ekoran daripada permintaan Neelofa tersebut, krew produksi meminta kami untuk mengubah setup tersebut lalu kami terpaksa menukar dan membuat arrangements yang baru dengan membawa tulisan 1 MIL tu kebahagian tengah² stage.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Great news on a Sunday! We have restocked #YuriByNH , #MulanByNH and #MisoriByNH but only in limited quantities, at both @naelofar TTDI and Publika so drop by today before they’re all sold out, AGAIN! 🛍🛍🛍

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Tidak cukup dengan itu sahaja, sikap tidak professional, tidak menghormati dan menghargai karya seni orang lain Neelofa semakin jelas apabila ditengah² segment yang berlangsung secara live beliau masih boleh menolak² dan mengalih² arrangements yang telah dilakukan oleh Master Balloon Artis kami dengan lagak kurang senangnya dia dengan keadaan itu. Tak cukup dengan melakukan perbuatan tersebut sendiri Neelofa turut meminta pula bantuan krew produksi lain dan meminta mereka mengalihkan belon² itu dan beliau masih terus gigih mencampakkan belon² yang berdekatan dengan beliau sesuka hati. Keadaan ini tambah menampakkan lagi yang dekorasi tersebut menjadi semakin kucar kacir dan memburukkan keadaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Feminine, soft silhoutte in this gorgeous royal blue dress from @aliabastamamkl with beautiful pleats and drapes, completed the look with #ChizuByNH ! @naelofar

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Apa yang membuatkan kami kesal adalah, neelofa tahu yang pihak kami berada di hadapan beliau namun beliau tetap berbuat demikian. Apa motif beliau?

Tidakkah Neelofa sedar dekorasi belon itu juga satu karya seni yang perlu dihargai dan tak patut diperlakukan sebegitu oleh beliau dengan sewenang² nya di ibaratkan arrangements yang telah dibuat itu tidak bermakna baginya juga yang bergelar anak seni? Layakkan beliau untuk digelar anak seni dan turut berada dalam industri seni ini?

Tahukah beliau yang Master Balloon Artis kami adalah certified balloon artis yang telah mengorbankan keringat, masa dan wang ringgit hanya semata² untuk mendalami ilmu seni ini sehingga keluar negara seperti Singgapore, Australia, malahan Amerika Syarikat dan banyak lagi dan apa yang lebih penting apa yang kami ingin tekankan disini adalah team kami membuat semua ini kerana passion kami dalam seni dekorasi belon ini dan perasaan kami bagaikan dihiris² apabila dilakukan sedemikian rupa oleh Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#FollowTheSparkle this Raya with @swarovski as they reveal the first ever campaign for South East Asia! Look out for the billboards !

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Sikap Neelofa bertentangan sekali dengan sikap yang ditonjolkan oleh Nabil yang juga merupakan Host rancangan tersebut. Nabil sangat professional walaupun beliau lebih dikenali sebagai pelawak, sangat supportive dengan penaja malahan dengan sesiapa saja, humble dan sangat berdedikasi.

Ini dapat dilihat bila ada waktu senggang, nabil dengan bersungguh² akan menghafal nama² sponsor dan sebagainya. Usaha ini walaupun sangat kecil namun sangat mengembirakan kami selalu penaja dan sikap ini tidak ditunjukkan langsung pada Neelofa. Seingat kami sepanjang tempoh kami bekerjasama ini (6 tahun lepas) hanya Nabil yang beria² memberikan live mention pada penaja dan Neelofa tidak melakukan perkara yang sama. Pernah sekali sepanjang pengamatan kami tapi itupun tersilap sebut pula.

Glowing Party House menjadi Glowing House Party. Kesalahan ini tidak sepatutnya beliau lakukan kerana mengingati dan menyebut nama Penaja dengan terang dan jelas adalah tugas yang tak sepatutnya digagalkan oleh host sesebuah rancangan. Apatah lagi host hebat seperti neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Loving my new #Dior30Montaigne @dior 🖤. The sleek bag that’s practically a timeless piece!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Apakah beliau risau dekorasi belon itu akan mengurangkan ‘aura’ serta keanggunan serta kewujudan beliau disana sehingga beliau bersikap kurang ajar dan tidak menghormati karya seni orang lain telah telah memerah idea menghasilkan dekorasi tersebut. #DenganBelonPunNakTergugatKe

Kami faham yang kejadian ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan pihak produksi secara langsung dan hanya kepada sikap tidak professional oleh host rancangan namun kami rasa ini adalah saluran yang terbaik untuk kami menzahirkan rasa kurang senang ini supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kerana kami sebagai penaja juga mempunyai hak² kami yang perlu diperjuangkan kerana kami bukanlah golongan yang meminta² untuk memberikan sumbangan.

#Masviona

Bukan sengaja nak terasa hati tapi hati terlalu pedih dengan semua yang berlaku didepan mata

Muhamad Nasron Nasir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : erakini

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Neelofa Jangan Belag4k Diva Dan Kekwat Sangat Sebab Dunia Ini Ibarat Roda, Hidup Tak Sentiasa Di Atas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*