Jangan Mudah Terg0da Dengan geng ‘nurse’ main keny1t mata! “Sebenarnya ramai sudah berpunya”

JIKA sebelum ini tarian Kiki Challenge tular di seluruh dunia, terbaharu demam ‘kenyit mata’ mula menjadi ikutan pelajar universiti di negara ini.

Beberapa video aksi kenyit mata mengikut rentak lagu Boys nyanyian Charlie XCX menjadi tular di media sosial dan mencuit hati netizen.

Antara video yang berjaya menarik perhatian ramai adalah adegan spontan 11 pelajar kejururawatan di Kolej Universiti KPJ Healthcare, Nilai.

Perkongsian video yang dimuat naik Najihah Aisyah Rosli di Twitternya sejak 2 Mei lalu sehingga kini ditonton sebanyak 316,8000 kali dan mendapat 13,900 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur melihat keletah comel setiap ‘jururawat’ dalam video tersebut, malah ada juga yang sudah terpikat.

Antara gadis yang menjadi tumpuan dalam video tersebut. Mirae, Mimi, Umi (gambar atas). Maizatul, Najla, Najihah (gambar bawah). Faya (kanan) Foto ihsan Oshara

Menurut Najihah Aisyah, video itu dihasilkan sekadar untuk suka-suka bagi meraikan tamat peperiksaan mereka pada petang Khamis lalu.

“Saya suka edit video. Memandangkan kami baru sahaja habis exam petang tu, saya pun buatlah video ni untuk suka-suka.

“Aksi tu semua spontan, rakam sekali je lepas tu combine semua jadi satu video,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

Sorry netizen saya dah berpunya. Sebenarnya dalam video tu ramai yang sudah berpunya. SARA DELAILA MOHD AMIN.

Sementara itu, salah seorang rakannya dalam video tersebut, Ernadia Oshara berkata dia tidak menduga video itu akan tular di media sosial.

“Memang tak sangka langsung. Terkejut sebab tak tahu kenapa boleh jadi viral. Video tu tak plan pun sebenarnya. Najihah record suruh kenyit mata.

“Kami semua waktu tu sebenarnya saja nak happy-happy sebab baru habis exam. Lagipun masing-masing akan posting (praktikal) bermula Isnin depan,” katanya.

Dalam pada itu, Sara Delaila Mohd Samin yang sedang mengenyitkan matanya sambil bermain telefon bimbit menjelaskan kisah di sebalik adegan spontan tersebut.

Dari kiri: Aisyah, Qaina, Oshara dan Sara. Foto ihsan Oshara

“Ada yang komen kata saya tengah mesej boyfriend tapi hakikatnya saya tengah WhatsApp dengan mama.

“Saya sebenarnya happy sebab mama suruh balik sebelum pergi praktikal. Mama dah rindu sangat,” kata gadis dari Kota Tinggi, Johor itu.

Bagaimanapun gadis berusia 19 tahun itu berkata dia sudah berpunya.

Sorry netizen saya dah berpunya. Sebenarnya dalam video tu ramai yang sudah berpunya,” katanya.

Terdahulu video aksi kenyit mata ini dimulakan sekumpulan pelajar lelaki Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Video berdurasi 13 saat yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, Pengwing pada 24 April lalu diulang kicau sebanyak 17,900 kali dan mendapat 21, 300 tanda suka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comellah akak-akak nurse ni… bergetar tulang rusuk min 😅 Sumber video Twitter #mstaronlineofficial #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Jangan Mudah Terg0da Dengan geng ‘nurse’ main keny1t mata! “Sebenarnya ramai sudah berpunya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*