6 Perkara Yang Mengurangkan Pahala Puasa Seringkali Kita Lakukan.

Pejam celik sudah hampir seminggu umat Islam menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini. Bulan ke sembilan dalam kalendar Islam ini membawa 1001 keistimewanan dan fadhilatnya tersendiri. Ketika ini Allah SWT menutup pintu-pintu neraka dan membuka segala pintu-pintu rahmat untuk setiap hamba-Nya untuk bertaqwa dan mencari keampunan-Nya. Semua muslimin berlumba-lumba mengerjakan ibadah dan amalan-amalan sunat yang telah dijanjikan dengan balasan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Namun di sebalik keindahan serta keberkatan Ramadhan, ada yang terus alpa. Sebahagian kelompok muslimin bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan), malah ada pula segelintir dari kita yang masih pula melakukan kesilapan atas kelalaian diri. Berikut antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh umat Islam dan mengurangkan pahala berpuasa.

Puasa tapi tinggalkan solat fardhu

Seharian berpuasa tetapi meninggalkan ibadah solat fardhu adalah suatu kesilapan yang maha besar. Amatlah rugi bagi hamba Allah, yang berpuasa namun gagal menjaga dan mendiri solat fardhu lima waktu sedangkan solat itu adalah ibadah wajib dan berdosa besar jika ditinggakan dengan sengaja.

Tidakkah sia-sia seharian anda menahan lapar dan dahaga tetapi tidak menjaga tanggungjawab untuk menunaikan solat fardhu? Sepatutnya, umat Islam mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk memperbaiki dan mendisiplinkan diri untuk mengerjakan rukun Islam pertama yang menjadi tonggak keimanan setiap umat Islam. Anda wajib mendirikan solat fardhu dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali datang keuzuran. Ponteng solat fardhu dengan sengaja pastinya menyebabkan pahala puasa sesorang itu “kering kontang”.

Banyak tidur

Satu lagi amalan yang amat merugikan ketika berpuasa iaitu lebihkan waktu tidur dan bermalasan. Berpuasa bukan menjadi alasan bagi anda untuk bermalasan dan menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari. Malah perbuatan tidur sepanjang hari adalah mahkruh dan menyebabkan anda kehilangan pahala. Sepatutnya anda menjadi bulan puasa ini untuk lebih produktif ketika melakukan aktiviti harian dan memperbanyakkan ibadah sampingan.

Perlu diingatkan segala perbuatan ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. Justeru, umat Islam sewajarnya “up-grade” pahala dengan menjadi lebih aktif menjalankan tugas harian dan memperkayakan ibadah dan amalan yang berfaedah.

Malas bersahur

Ini satu lagi kerugian yang selalu dilakukan ketika di bulan puasa iaitu, malas untuk bersahur. Nabi SAW sendiri menegaskan bahawa bersahur itu terdapat kerbekatan dan kelebihannya yang tersendiri,

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;

“Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi). Malah para Ulama juga menyebut bersahur itu merupakan waktu satu per enam terakhir malam (Awnul Ma’bud, 6/469), manakala Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. Bersahur bukan sahaja terdapat fadhilat tersendiri, malah ia amat penting dari sudut kesihatan. Logiknya, semasa berpuasa kita akan menahan diri dari makan dan minum, sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tenaga kita. Maka dengan bersahur, ia dapat menampung dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti harian.

Tidak peka dengan batas agama

Di bulan mulia Ramadhan ini, sepatutnya anda mengambil peluang untuk memperbaiki diri dan lebih peka dengan batas agama. Namun ada yang masih leka dengan dunia masing-masing. Segelintir muslimin seolah-olah mengabaikan dan tidak menghormati Ramadhan. Masih ada yang tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, tidak berpuasa dan merokok dikhalayak umum, memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan pelbagai lagi. Malah ada pula yang masih mengunjungi kelab-kelab malam di saat orang lain sibuk beribadat. Amat rugi jika kita tidak berbaiki diri dan menjadikan bulan puasa sebagai titik permulaan untuk berubah kearah kebaikan.

Makan dan minum selepas batal puasa dengan sengaja

Ramai yang makan dan minum secara terang-terangan di hadapan orang lain tanpa rasa malu dan menjaga adab sebagai orang yang tidak puasa selepas sengaja batalkan puasa seperti mengeluarkan m4ni, mer0kok, makan dan minum tanpa uzur yang dibenarkan Islam.

Hakikatnya mereka ini wajib dikenakan denda dengan membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa kerana melakukan segala perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari itu. Sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika anda tidak berpuasa degan keuzuran, tidak bermakna anda boleh makan dan minum dihadapan umum, sekurang-kurang hormatlah mereka yang berpuasa.

Menyalahkan penganut agama lain

Perbuatan dan stigma dikalangan umat Islam yang menyalahkan penganut agama lain untuk bebas makan dan minum antara perbuatan yang mencemarkan kemuliaan Ramadhan. Sikap sesetengah dari kita ini, ibarat kebudak-budakkan dengan menuduh penganut agama lain sebagai tidak menghormati mereka yang berpuasa. Tidak wajar kita menyalahkan meraka hanya kerana kita tidak mampu melawan nafsu makan kita.

Stigma ini tidak sepatutnya diamalkan kerana ia akan mencermarkan nama suci Islam sendiri. Sebaliknya kita harus mengajak serta mengajar penganut agam lain untuk turut bersama berpuasa dan meraikan Ramadhan. Kita boleh mengajarkan mereka tentang kebaikan berpuasa yang mana sedikit sebanyak menunjukkan keindahan agama Islam kepada agama lain. Amalan mengajak penganut agama lain untuk ke majlis berbuka harus dipraktikkan untuk mereka merasai kemeriahan bulan puasa disamping dapat menjaga silaturrahim antara masyarakat.

Berbelanja hingga memb4zir

Majoriti antara kita menjadikan Ramadhan ini sebagai pesta makanan dengan membeli pelbagai juadah berbuka dibazar Ramadhan sehingga penuh satu meja. Malah ada juga yang berbuka mewah dihotel-hotel dan restaurant eksklusif hingga berhabis ratusan ringgit. Lebih malang lagi jika mereka tidak mengambil berat tentang status halal makan tersebut. Kebanyakkan dari kita berbelanja mengikut hawa nafsu dan akhirnya makanan yang dibeli tidak termakan dan dibuang begitu sahaja. Kita seharusnya menjadikan bulan puasa ini untuk lebih bersederhana dan mengurangkan pemb4ziran dalam semua aspek. Adalah lebih mulia jika kita beli makanan dengan kuantiti yang banyak dan disedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Umat Islam khususnya harus memahami dan menghayati erti sebenar Ramadhan.

Kita perlu ambil kesempatan Ramadhan ini untuk memperbaiki diri, menambahkan ketaqwaan dan meninggalkan segala perkara yang laghah. Kita tinggakan segala perbuatan yang dimurkai Allah SWT. Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun, rebutlah peluang ini untuk mencari keberkatanNya dengan perbanyakan ibadah seperti bersedakah, bertadarus serta amalan sunat yang lain, kerana siapa tahu ini mungkin menjadi Ramadhan terakhir kita.

Selamat Beramal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MajalahIlmu

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Perkara Yang Mengurangkan Pahala Puasa Seringkali Kita Lakukan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*