5 Amalan Di Bulan Ramadhan Yang Dipandang Remeh Namun Bawa Ganjaran Berlipat Ganda

     Seringkali kita sebagai manusia sering mengambil remeh setiap perbuatan kecil yang tidak membawa impak yang jelas di depan mata. Kita sebagai manusia hanya ingin melakukan sesuatu sekiranya ia hanya mendatangkan ganjaran yang dapat dilihat dan disentuh. Hal ini berkaitan beberapa amalan di bulan Ramadhan yang dilihat kecil namun ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T berlipat kali gandanya.

Bulan mulia, bulan Ramadhan telah menjelma bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah. Seluruh umat islam sekali lagi bakal menempuh satu bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang maha esa. Di bulan ini juga, umat islam berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadah dan mengumpul pahala.

Berikut, Dimensi ingin berkongsi beberapa amalan di bulan Ramadhan yang dilihat kecil dan dipandang remeh oleh umat islam tetapi ada hikmah serta ganjaran yang berlipat ganda dijanjikan Allah kepada sesiapa yang melakukanya.

Melaksanakan sahur

Sahur merupakan permulaan hari pada setiap hari dalam bulan Ramadhan. Ianya tidak sekadar sebagai pembekal tenaga untuk mengharungi hari mendatang ia juga terdapat keberkatan dalam amalan bersahur. Memetik dari Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim berkata bersahurlah, sesungguhnya dalam bersahur itu akan peroleh keberkatan.

Menyegerakan berbuka puasa

Di dalam setiap individu yang berpuasa, berbuka puasa adalah saat yang paling dinantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Namun, kita seharusnya menyegerakan berbuka puasa kerana dalam menyegerakan berbuka ada hikmah yang diberikan. Daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, umat islam akan berada dalam kebaikan yang berterusan selama dia menyegerakan berbuka puasa.

Membayar zakat fitrah

Zakat fitrah perlu dilakukan sebelum berakhirnya bulan Ramadhan. Hadis riwayat dari Bukhari Muslim bermaksud “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, atas budak dan orang merdeka, laki-laki dan perempuan, anak kecil dan orang besar dari kalangan orang Islam. Dan beliau memerintahkan agar ditunaikan sebelum orang-orang pergimenunaikan shalat” Zakat fitrah yang dilakukan dapat mensucikan orang yang berpuasa dan juga membantu fakir miskin yang memerlukan.

Memberi makanan berbuka puasa

Bulan puasa juga adalah bulan untuk berkongsi rezeki bersama orang yang memerlukan. Dalam berkongsi rezeki, terdapat hikmah yang akan diperolehi. Dipetik dari Shohih Nasa’I dan Tirdmidzi menyebut, “barangsiapa memberikan makanan kepada orang yang berpuasa, maka ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurang sedikit pun pahalanya.”

Solat tarawih

Solat tarawikh merupakan solat sunat yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja. Walaupun ianya hanya solat sunat, namun ganjaran yang Allah janjikan bagi setiap hambanya yang mengerjakan solat sunat tarawih sangant besar. Di setiap malam bertarawih, terdapat ganjaran yang berbeza yang boleh kita perolehi. Oleh itu terdapat 30 ganjaran berbeza yang dijanjikan kepada umat islam yang mengerjakan solat sunat tarawih.

 

Selamat Beramal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Pemurah di Bulan Ramadhan via majalahilmu

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "5 Amalan Di Bulan Ramadhan Yang Dipandang Remeh Namun Bawa Ganjaran Berlipat Ganda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*