Setiap wanita pasti mahu tampil cantik di hari bahagia mereka. Tidak kiralah usia tua ataupun muda, penampilan tetap harus dijaga lebih-lebih lagi untuk keyakinan d1ri send1ri.
Jadi, menerusi perkongsian seorang jurusolek atau mak andam perkahwinan dikenali sebagai Erma Tahir, dia telah berkongsi satu video seorang pengantin yang didandannya sewaktu majlis perkahwinan.
Pengantin nak nampak berseri2
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kepakaran Erma Tahir menyolek mempelai wanita sehingga terlihat seri seorang pengantin. Sekali pandang pasti tidak ada yang menyedari bahawa mempelai sudah pun berusia 60 tahun.
Alhamdulilah dipermudahkan urusanš„° Selamat pengantin Baru Pengantin 1st impression berseri di hari bahgia ##makeupbyermatahir ##wedding ##busana
Dalam kapsyen yang disertakan di video tersebut, pada awalnya pengantin perempuan sempat bertanya sama ada bolehkah Erma Tahir mendandankannya supaya terlihat bersri-seri di hari bahagia memandangkan sudah berusia 60 tahun.
Namun, Erma menyakinkan mempelai dengan berjanji untuk melakukan yang terbaik. Ternyata hasilnya sangat memukau.
Power skill jurusolek
Perkara tersebut telah menjadi bualan warganet yang rata-rata memuji penampilan pengantin perempuan yang terlihat sangat cantik.
Pastinya siapa yang tidak mengenali akan menganggap mempelai baru berusia 20 atau 30an.
TakĀ makeupĀ pun memang dah cantik
Dah berumur tetap nampak muda
Nampak macam umur 20an
MestiĀ auntieĀ ni masa muda memang dah cantik
Kalau tak tengok ābeforeā tak tahu yang dah umur 60 tahun
Sumber: TikTokĀ @ermatahir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : Dedah site
Be the first to comment on "Pengantin 60 tahun nampak berseri-seri lepas disolek terima pujian ramai"