Netizen Beri Respon Mengenai Cara Kerajaan Tangani Masalah Guru Enggan Div4ksin

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa pihak mereka sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru yang tidak mahu menerima vaksin ke sekolah atau negeri lain. Hal ini membuatkan ramai netizen memberi pelbagai reaksi dan memberi pendapat masing-masing.

Reaksi Warganet

via Harian Metro

Malah pengumuman tersebut telah mengundang kem4rahan warganet di media sosial termasuklah ada yang mahukan guru-guru tersebut dipec4t terus dari di tukar ke negeri lain.

“Daripada tukar kan baik pec4t kan terus. Pecat sekali guru-guru yang 4ngkuh bongk4k s0mb0ng berlagak sekali. Nak jadi cikgu tapi adab ke laut. Nak orang hormat kau tapi kau merendah-rendahkan orang lain. Tak semua cikgu gitu ye. Sesetengah je tapi gitu la yang sesetengah ni membvsukkan nama baik cikgu-cikgu yang lain.

“Negeri mana nak terima??”

“Takyah tukar…Berenti terus..Nak bela buat ape..”

“Bagus. Patutnya cikgu beri contoh untuk pelajar bukan bagi contoh untuk tolak vaksin. Malu la sikit wey. Ko kerja dengan gmen perlu ikut gomen. Kira win-win situation lah. Ko taknak letak je jawatan ramai lagi nak kerja gomen.” ujar mereka

Teliti Keperluan Menukar Guru Enggan Divaksin Ke Sekolah Atau Negeri Lain

via Berita Harian

Menurut laporan Astro Awani,KPM sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru tersebut ke sekolah atau negeri lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memberitahu bahawa ia adalah supaya guru berkenaan tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ada juga guru yang merupakan satu-satunya mengajar mata pelajaran tersebut taknak divaksin..dan ada dua orang yang ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut, dan dua-dua taknak divaksin.

Kalau ini yang berlaku, mananya ini akan menjejaskan pelajaran anak-anak kita di sekolah. Sebab itu demi menjaga perkhidmatan kita akan mengambil tindakan buat masa ini.”- jelas Radzi

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di negeri tersebut dilaporkan menolak untuk divaksinasi dan memberikan alasan mereka membuat keputusan itu kerana ragu-ragu dengan vaksin.

Apa pendapat anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Netizen Beri Respon Mengenai Cara Kerajaan Tangani Masalah Guru Enggan Div4ksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*