SANTUARI GAJAH JOHOR BAKAL BEROPERASI PERTENGAHAN TAHUN 2020

Kota Tinggi ,JOHOR :  Santuari Gajah Johor dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

Dalam lawatan kerja rasmi YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor ke Kota Tinggi hari ini, beliau dibawa melawat lokasi santuari yang terletak lebih kurang 13 kilometer dari bandar Kota Tinggi.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Johor, Encik Salman Saadan berkata, pusat santuari gajah seluas 72.99 hektar itu merangkumi bangunan pentadbiran, dan berek pekerja selain padang ragut dan kawasan keliaran.

“Selain itu, santuari ini menyediakan 6 ‘paddoc’ untuk rawatan kepada anak gajah yang ditinggalkan dan gajah-gajah yang perlukan rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.” katanya semasa sidang media.

Buat permulaan, lima ekor gajah, berusia antara lima hingga enam tahun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, akan ditempatkan di pusat santuari itu, bagi membantu operasi menangkap dan menyelamatkan gajah, serta tarikan eko-pelancongan.

“Memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pusat santuari ini sebagai tarikan eko-pelancongan bagi daerah Kota Tinggi. (Bagaimanapun) kita akan buka untuk orang awam bila kita sudah bersedia, jangkaan dalam masa setahun selepas beroperasi,” kata Salman.

Santuari ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada tahun hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Kredit : Najib Mohaini | © Jabatan Penerangan Negeri Johor.

Sumber : Tourism Johor


Apa kata anda?

Be the first to comment on "SANTUARI GAJAH JOHOR BAKAL BEROPERASI PERTENGAHAN TAHUN 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*