Ruqyah Pulangkan S1hir Dengan Membaca 3 Kali Surah Az-Zalzalah

Ruqyah pulangkan sihir dan rawatan untuk d1ri send1ri sangat penting. Ini kerana peny4kit sihir ini memang telah terkenal sejak dahulu kala. Bermacam-macam jenis sihir yang wujud di dunia ini. Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung. Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya (Penghantar) di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail.

Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengh4rapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya. Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.

Bagi mereka yang kena sudah tentu akan berubat di sana-sini sehingga ada yang berhabis hingga ratusan ribu ringgit. Ada yang terus menerus menanggung derita sehingga akhir hayat. Adalah penting untuk kita belajar kerana ada amalan yang perlu dilakukan itu, tidaklah terlalu susah. Kenapa kita perlu mengambil tahu? Baca sehingga habis artikel ini.

Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada d1rinya. Ibarat senj ata yang dik1rimnya, akan melukai d1rinya. Ibarat peny4kit yang dik1rimnya akan meny4kiti d1rinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan per4ngkap, akhirnya d1rinya send1ri yang memasuki per4ngkap tersebut.

RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk d1ri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99. Sila lihat video di bawah.

CARA MERUQYAH

Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا

“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata

(Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)

 

Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.

Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

DOA PULANGKAN SIHIR

DOA DALAM RUMI DAN MAKNANYA

Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana,

Wahai Ruh-Ruh yang dik1rim kepada kami,

Fissihril Ma’muuli Lana,

Yang dik1rim melalui sihir yang ditujukan kepada kami,

Izhabuu Min Makaa Nikum Haza,

Pergilah kamu semua dari tempat aku ini,

Wamin Saa A’tikum Hazihi,

Pergilah kamu semua diwaktu ini,

Ilaa Man A’milalanas Sihri,

Kepada orang yang menghantar sihir tersebut kepada kami,

Wadammiruuh

Hancurkan dia, jatuhkan dia, hapuskan dia, musnahkan dia

Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min A’anilati,

Tanpa sihir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)

Ketiga – Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:

لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA D1ri DAN KELUARGA

Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat d1ri send1ri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.

Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda.

Jika anda mahu penjelasan atau penerangan lebih terperinci sila tonton video di bawah.

VIDEO

Insya Allah, dengan izin-Nya semoga sihir yang ada pada kita beransur-ansur hilang. Wallahu A’lam.

Nota: Jika ada sebarang teguran, sila sampaikan dalam inbox atau di ruangan komen. Tegurlah dengan ilmiah dan berhemah mudah-mudahan kita semua terus belajar dan belajar. Sesungguhnya ilmu itu tidak pernah habis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Yayasan Al- Muafah


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ruqyah Pulangkan S1hir Dengan Membaca 3 Kali Surah Az-Zalzalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*