“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… sikit lagi nak gagal BM” – Sharifah Shahira tetap bangga keputusan UPSR anak

MESKIPUN keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya tidaklah secemerlang pelajar lain, namun penyampai radio Suria FM, Shiera tetap berkongsi sijil keputusan itu di Instagram.

Shiera atau nama sebenar Sharifah Shahira berkata tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana baginya bukan keputusan cemerlang sahaja layak dikongsi di laman sosial.

“Tak salahkan kalau tak ada 6A tapi letak kat Instagram sebab nanti ramai tanya… haaa senang!

“Tak ada nak dirahsiakan, yang best korang tahu dulu sebelum bapa dia tahu! Haha… bapa sibuk dekat padang golf.

“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… tapi boleh la, sikit lagi nak gagal Bahasa Melayu” katanya.

Shiera berkongsi berita gembira mengenai anaknya iaitu Airra di laman Instagram.

Shiera berkongsi keputusan UPSR anaknya di Instagram.

Menerusi slip keputusan tersebut, anak ketiganya itu menerima keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D.

Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang berjaya menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Tahniah yang dapat 6A…. ibu penat berdoa dan menangis! 

“Kami pun penat menangis, tapi ikut mak slow learner… tak faham-faham apabila cikgu cakap! Terima kasih cikgu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati,” ujarnya.

Shiera dan suami, Ijoy bersama empat anak mereka.

Sementara itu, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Shiera yang dilihat menghargai keputusan yang diperolehi oleh anaknya itu.

Ini termasuklah rakan artis yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut.

“Tahniah, sudah buat yang terbaik tu. Alhamdulillah,” kata Adam Corrie.

“Terbaik kak… tak apa, usaha tangga kejayaan,” tvlis Feeya Iskandar pula.

Pada Khamis, seramai 445, 641 calon UPSR di seluruh Malaysia mengambil keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 di sekolah masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… sikit lagi nak gagal BM” – Sharifah Shahira tetap bangga keputusan UPSR anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*