Bawa Ahli Keluarga Tunai Umrah, Eina Azman Jadi Inspirasi Buat Netizen

Pelakon Datin Eina Azman meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama seluruh ahli keluarganya.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi momen gembira itu di Instagram (IG) miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, Abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik Mega untuk menunaikan ibadah umrah.

“Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ni dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” tvlisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang mendoakan pemergian Eina dan keluarganya ke tanah suci dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.

Malah tidak kurang juga ada turut memasang impian untuk sampai ke tanah suci Makkah bersama orang tersayang satu hari nanti.

Eina dan suami Datuk Padvka Kaiser Gurmeet Harden berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan telah menimang dua cahaya mata kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 3 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bawa Ahli Keluarga Tunai Umrah, Eina Azman Jadi Inspirasi Buat Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*