19 tahun berlalu, lelaki ini tetap tak boleh jamah nasi

KISAHNYA pernah menjadi perhatian satu ketika dahulu berikutan d1rinya yang tidak pernah menjamah nasi sejak lahir kerana tekaknya seakan alah dengan makanan ruji itu.

Selepas 19 tahun, selera Mohammad Fitri Abdul Manaf, 27, masih tetap sama dan dia hanya menjadikan roti sebagai hidangan utamanya.

Ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Mela, Lipis, Mohammad Fitri berkata, dia bukan tidak pernah mencuba makan nasi, namun pasti akan termuntah semula makanan itu.

Anak kedua daripada tujuh beradik ini berkata, isterinya, Nurazeera Mohd Arif, 26, terpaksa menyesuaikan d1ri dengan per4ngai peliknya itu dengan menyediakan makanan berasaskan tepung dan roti.

“Biasanya isteri akan buatkan masakan ala barat seperti gulungan sosej ataupun roti berintikan d4g!ng cincang.. jemput-jemput ikan bilis pun sudah memadai untuk hidangan makan malam saya.

“Selepas itu, isteri akan memasak makanan lain untuk d1rinya, saya tidaklah memaksanya untuk mengikut selera saya. Jika dia buntu untuk menyediakan makanan saya, biasanya kami akan makan di kedai makan atau restoran sahaja,” katanya yang berkahwin awal tahun lalu.

Mohammad Fitri yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta dan menetap di Klang Selangor itu, mempunyai seorang anak perempuan, Nur Nayra Yasmeen yang berusia enam bulan.

Katanya, ketika baru berkahwin, isteri berdepan kesukaran untuk menyediakan hidangan untuknya dan terpaksa merujuk Internet untuk belajar memasak masakan barat yang berasaskan roti.

“Sebelum berkahwin, isteri sudah mengetahui saya alah kepada nasi dan dia menyedari yang saya tidak pernah memesan hidangan nasi setiap kali makan di luar.

“Mujur isteri sabar melayan per4ngai pelik saya ini dan sanggup mencuba bermacam-macam resipi,” katanya.

Harian Metro bertarikh 5 Ogos 2000 pernah menyiarkan kisah Mohammad Fitri yang ketika itu berusia lapan tahun yang hanya menjadikan roti yang disapu dengan milo atau susu pekat sebagai makanan hariannya.

Selera uniknya itu mula dikesan oleh ibunya, Siti Fatimah Mohammad, 58, ketika dia berusia sembilan bulan apabila sering kali memuntahkan bubur nasi yang disuap kepadanya.

Bimbang dia kelaparan, ibunya kemudian cuba memberinya makan roti dan tidak sangka dia menyukainya dan menjadi hidangan utamanya sehingga kini.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, anaknya itu cukup sensitif dengan nasi, malah pernah terjadi rotinya terkena nasi dan Mohamad Fitri berhenti makan kerana hilang selera.

“Dia bukan anak yang cerewet, cuma dia tidak boleh makan nasi.. jadi dahulu saya akan pastikan stok roti sentiasa ada di rumah.

“Malah suami (Abdul Manaf Mat, 59) pernah memandu kereta sehingga ke Jerantut kerana semua kedai di pekan Mela sudah kehabisan stok roti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: CempedakCheese


Apa kata anda?

Be the first to comment on "19 tahun berlalu, lelaki ini tetap tak boleh jamah nasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*