Pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak terasa hati dengan apa yang diperkatakan oleh model Zahnita kepada dirinya.
Menurut Neelofa, pada awalnya, dia tidak mengetahui langsung mengenai kata-kata yang ditujukan oleh Zahnita kepada dirinya.
“Sejujurnya, saya tak tahu kerana sedikit ketinggalan mengenai isu ini. Sampailah ada kenalan saya yang memberitahu saya mengenai perkara terbabit. Dia menghantar komen yang ditulis Zahnita di Instagram itu kepada saya.
“Saya tak terasa hati dengan Zahnita dan apa yan diperkatakan. Saya melihat perkata terbabit dari sudut positif. Saya tak kisah, ia perkara kecil sahaja. Saya faham apa yang cuba disampaikan, tetapi saya rasa pelik,” kata Neelofa.
View this post on InstagramMany many ways to style this one, #MulanByNH , should I share it with you guys next? @naelofar
Sebelum ini, Zahnita yang merupakan mentor Neelofa di program Dewi Remaja 2010 mengundang teka-teki ramai apabila memuat naik paparan skrin daripada Instagram pengacara MeleTOP itu dalam akaun peribadinya.
Paparan skrin yang menyaksikan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski itu membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.
“Good morning! Hope your having a lovely weekend… lovely weather today.
“Stop dreaming dik! @neelofa wake up and smell the coffee. Cause just across the border, are hundreds of families suffering… big turban… small…???? Anyone care to fill in the blank
“@chicksforclimate yes… I dare go there,” pesan Zahnita.
Tambah Neelofa, ada baiknya jika Zahnita menegurnya secara berdepan atau persendirian.
“Saya faham apa yang cuba diperkatakan tetapi adalah lebih manis jika dia menghubungi saya secara peribadi, menghubungi pihak pengurusan saya atau mencari orang yang rapat dengan saya untuk menyampaikan perkara terbabit.
“Saya mengambil perkara ini dari sudut pandangan yang positif dan ada mesej yang mahu disampaikan oleh Zahnita,” katanya yang ditemui di majlis iftar Neelofa x Chatime di Hotel Royal Chulan Damansara pada Jumaat.
View this post on InstagramLoving my new #Dior30Montaigne @dior 🖤. The sleek bag that’s practically a timeless piece!
Pada majlis yang sama, Neelofa mengumumkan jalinan kerjasama dengan Chatime Malaysia Sdn Bhd untuk membuka cawangan Chatime Signature yang berbentuk kafe di Malaysia.
Bakal menjadi kafe Chatime Signature yang pertama di Malaysia yang bakal dibuka pada penghujung tahun 2019, lokasi kafe tersebut akan diumumkan kelak.
Kredit foto: Instagram Neelofa, Chatime, @echolaliapictures & @lukisan_cahaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Padu! Isu ‘Stop Dreaming’, Ini Komen Balas Padu Neelofa Kepada Zahnita"