“Anak tak pernah minta ibu baru” – Empat tahun menduda, Fezrul Khan mungkin cari pengganti !

Fezrul tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin selepas empat tahun bercer4i.

PELAKON Fezrul Khan tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup selepas empat tahun menduda.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan, 37, berkata anak lelakinya Farrel Khan juga tidak pernah bertanya tentang ibu baharu.

“Memang kadang-kadang tu ada juga rasa sunyi. Tapi saya ada anak lelaki yang sentiasa menjadi peneman saya.

“Buat masa sekarang, saya tak nak terlalu terburu-buru untuk berkahwin. Setakat ini juga, anak tak pernah tanya tentang ibu baru.

Fezrul bahagia bersama anaknya.

“Sebab dia pun seronok ada bersama saya dan kami pun sudah seperti kawan baik,” kata Fezrul kepada mStar.

Fezrul ditemui ketika majlis iftar Ramadan dan sumbangan duit raya oleh Syarikat Megapine Sdn Bhd di Hotel Zenith, Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fezrul memberitahu sekiranya mahu berkahwin semula, dia ingin seseorang wanita yang boleh menjaga makan, minum dan sakitnya.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon drama Empat Penjuru itu masih belum bertemu dengan wanita yang betul-betul sesuai dengan dirinya.

Fezrul belum bertemu dengan wanita yang sesuai dan serasi dengannya.

“Kalau saya nak ada pengganti tu sekurang-kurangnya yang boleh menjaga makan, minum, pakai dan sakit saya tapi sampai sekarang belum jumpa yang sesuai.

“Sebelum ini ada juga mencari tapi memang tak jumpa lagi yang betul-betul sesuai dan serasi dngan saya.

“Bila dan masuk tahun keempat masih hidup solo ni orang kata tak perlu cari la biar ia datang sendiri,” ujarnya.

Fezrul dan Noorhafizah Zulkafli mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012 dan bercer4i pada 19 Ogos 2015

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Anak tak pernah minta ibu baru” – Empat tahun menduda, Fezrul Khan mungkin cari pengganti !"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*