4 Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Al-Hasyr. Penyebvtan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.

Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr

Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;

Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى.

Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.

Jika men1ngg4l dunia pada hari itu, dia diumpamakan m4ti syahid.

Dimudahkan memasuki syurga selepas men1ngg4l dunia kelak.

Surah Al-Hasyr, fadhilat Surah Al-Hasyr, fadhilat tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr, amalan Surah Al-Hasyr, manfaat Surah Al-Hasyr, kelebihan Surah Al-Hasyr, cara baca Surah Al-Hasyr

Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr

1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda : “Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-sy4it4nir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia men1ngg4l hari itu dikira m4ti syahid.”

2) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia men1ngg4l dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia men1ngg4l pada hari itu, ia men1ngg4l sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24)yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.

والله أعلم بالصواب

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "4 Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*