6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah SAW

Hampir setiap orang pernah mengalami s4kit hati dalam hidup. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyar4kat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.

Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang kecil hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.

Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga 1ri hati dan dengk1. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengk4k dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan streeess dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa s4kit hati, agar tidak menjemput d0sa kepada kita send1ri? Antara petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar s4kit hati adalah:

1. Muhasabah D1ri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat d1ri kita send1ri. Mungkin kita s4kit hati oleh kata–kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada d1ri send1ri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita send1ri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan D1ri dari Sifat 1ri Hati Dan dengk1

1ri hati dan dengk1 adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi sy4it4n untuk memasuki hati manusia. Angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang bvta dan tvli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya. Demikian sifat 1ri hati dan dengk1.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi d1rinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengk1 menghilang

Rasulullah bersabda, “Tidak boleh dengk1 kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan D1ri dari Sifat Am4rah dan Keras Hati

Bila m4rah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan sy4it4n pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan d1ri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa 1bl1s pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk Sifat Pemaaf

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku s0mb0ng, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindak lanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik)

Allah berfirman, “Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah d0sa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah m4ti? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berbvruk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan d1rinya lebih baik. Tentu, perkara ini yang tidak benar.

Setiap muslim harus mengawasi d1ri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berbvruk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan D1ri

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah menguj1nya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah menguj1nya dengan kesusahan, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia menggantungkan harapan.

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga. Kadangkala, sukar membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita dis4kiti oleh orang lain. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi kemaafan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nasihatustazz

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah SAW"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*