Pemergian yang dicemburui. Itulah yang boleh dikatakan kepada bagaimana Allahy4rham Faziani Rohban Ahmad, pengasas Dnars Skincare yang terk0rb4n dalam kem4langan jalan raya di Thailand pagi ini.
Beliau dikatakan dalam perjalanan ke sebuah sekolah pondok di Yala bagi menyampaikan sumbangan bagi menyempurnakan zakatnya ketika kem4langan berlaku.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, arw4h juga dikatakan baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah beberapa hari yang lepas. Tidak cukup dengan itu, pemergian beliau juga adalah di dalam bulan Ramadan yang mulia di sisi Allah swt.
Dato Seri Vida, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd tidak dapat menyembunyikan kesedihan atas pemergian arwah dan beliau sendiri mencemburui kem4tian arwah di samping berkongsikan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayat arw4h dalam satu kiriman di Instagram-nya.
Menurut seorang lagi pengasas yang disegani, Dato’ Aliff Syukri melalui kiriman di Instagram-nya sebentar tadi, Allahy4rham tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan serta mengerjakan umrah setiap tahun.
Beliau ternyata terkejut dengan berita pemergian arw4h kerana menurutnya, mereka sudah berjanji untuk bertemu pada malam ini dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Dato’ Aliff.
Ternyata orang ramai sangat ‘cemburu’ dengan cara pemergian arwah dan tidak kurang juga yang berkongsikan kebaikan arw4h.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: IG datoserivida, IG aliffsyukriterlajaklaris, IG iqbar_hakim
Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris
Sumber : Siakapkeli
Be the first to comment on "“Baru Pulang Umrah, Terus Ke Pusat Tahfiz Serah Zakat”, DS Vida, Dato’ Aliff Kongsi Sesuatu Yang Mengejutkan Tantang Arw4h Faziani"