“Tak Terkejut Dicalonkan Bersama Bekas Suami” – Luahan Bella Dally

Pelakon Bella Dally tidak terkejut apabila namanya dicalonkan dalam kateg0ri yang sama dengan bekas suaminya, Nazim Othman dalam top 5 bagi kateg0ri Artis Senssasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH32).

Menurut Bella, dia dan Nazim sama-sama berada dalam industri hiburan, jadi dia tidak perlu berasa terkejut dengan perkara itu.

“Saya tidak sangka nama saya berada dalam senarai top 5 ABPBH32 ini, walaupun saya agak kurang muncul di kaca televisyen, namun mungkin popuIariti saya dinilai berdasarkan perkongsian saya di media sosial.

“Berada dalam keteg0ri yang sama dengan Nazim, saya tidak terkejut dengan perkara itu, kami berdua sama-sama berkecimpung dalam industri hiburan, saya merasakan perkara ini normal,” kata Bella kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Bella kini aktif menceburi bidang perniagaan k0smetik.

“Sekarang saya sedang menceburkan diri dalam perniagaan k0smetik memandangkan saya mempunyai minat yang mendalam terhadap kecantiikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#klfw2019

A post shared by 💎 B e l l a D a l l y 💎 (@belladally) on

“Saya berhasrat untuk memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu, Alhamdulillah, ia dapat dilaksanakan sekarang, Insya-Allah, pelancaran produk akan diadakan dalam masa terdekat,” tambahnya.

ABPBH32 bakal berlangsung pada 22 September ini, sebanyak 15 kateg0ri utama dan 5 kateg0ri online akan dipertandingkan pada malam berprestij itu.

Mira Filzah dan Siti Nordiana masing-masing mend0minasi tujuh dan enam pencalonan dalam anugerah tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Astrogmpak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Terkejut Dicalonkan Bersama Bekas Suami” – Luahan Bella Dally"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*