Allah Ciptakan Kita Bukan Saja-saja

Allah menciptakan manusia di dunia ini, bukan saja-saja, malah Allah ingin menjadikan manusia abid dan khalifah di alam semesta ini. Yang mengharmonikan alam ini dengan kebaikan.

Sebelum kita dijadikan di alam rahim, kita bukanlah siapa-siapa, malahan ‘we are nothing’.

Tetapi akan rahmat dan kasih sayang Allah, diciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk di bumi.

Sebagai manusia yang mengaku diri kita beriman, kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian. Ujian ket4kutan, kel4paran, keg4galan dan banyak lagi.

Keg4galan hari ini tidak bermakna kita akan gagal buat selamanya.

Jika hari ini kita gagal peperiksaan, mungkin esok kita antara ‘top student’.

Jika hari ini kita g4gal dalam sebuah perkahwinan, mungkin esok Allah hadirkan suami yang lebih soleh.

Jika hari ini kita gagal dengan pelbagai perkara, yakinlah Allah jadikan sesuatu itu bersebab. Untuk kita merenung kembali, betapa keg4galan bukanlah asbab untuk kita  j4tuh.

Malah sejak di alam rahim lagi kita antara hamba Allah yang berjaya, di mana berjuta-juta sel sp3rma yang ingin menuju ke 0vum, dan kita antara sel sp3rma yang berjaya menembusi 0vum itu,dan akhirnya membentuk menjadi seorang manusia.

Di situlah titik permulaan kejayaan kita.

Allah sendiri menyeru kita supaya menuju kejayaan, di mana setiap kali waktu azan dilaungkan ayat “hayya ‘alal falah’, yang bermaksud  marilah menuju kejayaan.

Setelah azan berkumandang, bersegeralah untuk menunaikan solat di awal waktu, itu antara tanda-tanda orang yang berjaya.

Jika kita gagal untuk solat di awal waktu, pasti akan berlaku lagi keg4galan seterusnya. Mungkin antaranya doa kita akan lambat dimakbulkan Allah, kerana kita sendiri lewat untuk menunaikan hak Allah.

Hari ini kita dapat melihat, begitu ramai yang berjaya menggenggam segulung ijazah, sarjana atau doktor falsafah, tetapi adakah itu kejayaan yang sebenar?

Kejayaan yang sebenar adalah dengan kita mempunyai akhlak yang mantap, serta dapat memasuki syurga Allah dengan gembiranya.

Itulah kejayaan yang paling  hakiki.

Jadi sekiranya banyak perkara yang kita gagal sekarang, ambillah masa untuk memeriksa diri dan bermuhasabah, adakah kegagalan kita hari ini, memberi kesan kepada hari akh1r4t kita, kerna pertemuan dengan Allah di kala Allah senyum menyambut kehadiran kita.

Itulah kejayaan yang sebenar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Allah Ciptakan Kita Bukan Saja-saja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*