Pengantin wanita pasrah, ‘makeup’ kening tak cantik di hari persandingan

Setiap pasangan pengantin, pasti mengimpikan hari paling bahagia mereka berjalan dengan lancar dan sempurna. Dari persiapan majlis sehinggalah busana serta makeup diambil kira kerana bimbang apa yang dirancang tidak menjadi.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun, hal ini menjadi dugaan buat seorang pengantin perempuan apabila makeup ketika majlis persandingannya tidak menjadi sehingga menjadikan wajahnya yang cantik sedikit berbeza.

Perkara itu disuarakan sendiri seorang jurumekap atau MUA dikenali sebagai @muajulia91 di aplikasi TikToknya yang berasa sed1h melihat makeup seorang pengantin perempuan.

Menurutnya, kening pengantin perempuan itu dilukis dan dibentuk sehingga kelihatan menegak dan pelik. Sebagai seorang MUA, pastinya dia berasa geram melihat hasil kerja mak andam seperti itu.

Walau bagaimanapun, nasib baik wajah pengantin perempuan itu sudah memang cantik dan dia juga seakan ‘pasrah’ dengan apa yang berlaku memandangkan majlis telah pun berlangsung.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan melihat makeup dibahagian kening pengantin perempuan itu.

Walau bagaimanapun, mereka mengakui yang makeup di bahagian wajah yang lain sudah cantik cuma kening sahaja agak tebal dan sepatutnya harus dibuat dengan lebih kemas lagi.

Tonton Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber: Ohmymedia, TikTok muajulia91


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pengantin wanita pasrah, ‘makeup’ kening tak cantik di hari persandingan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*