Dakwa Selamat, Pakar Saran Ibu Bapa Tidak Tangguh Anak-Anak Dapatkan Sunt1k4n V4ksin COV1D-19

Hari ini telah berlangsungnya secara rasmi Program Imunisasi cov1d-19 Kanak-kanak (PICKids) yang disasarkan buat kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Program ini dijalankan dalam menawarkan sunt1k4n vaksin bagi membendung penul4ran wab4k cov1d-19.

Menerusi penawaran vaksin kanak-kanak yang ditawarkan, terdapat para ibu bapa yang masih lagi risau atau berbelah bagi sama ada mahu mengesahkan pemberian vaksin buat anak-anak mereka atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail berkata, kebimbangan tentang aspek keselamatan si anak tidak sepatutnya timbul. Hal ini kerana banyak negara telah melaksanakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak mereka.

 

Gambar sekadar hiasan. Sumber: al-arabiya

Berdasarkan laporan media, Amerika Syarikat mula memberikan vaksin cov1d-19 keluaran Pfizer kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada 4 November lepas dengan Presidennya, Joe Biden menyifatkan permulaan pemberian vaksin itu sebagai ‘hari yang baik’ dalam usaha memerangi pandemik.

Negara tetangga, Singapura pula memulakan program vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada 27 Disember lalu turut menggunakan vaksin keluaran Pfizer yang telah diluluskan untuk penggunaan peringkat umur berkenaan.

Difahamkan penawaran v4ksin buat kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan menggunakan vaksin ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’ iaitu sediaan yang lebih rendah kekuatannya berbanding v4ksin bagi individu berumur 12 tahun ke atas.

V4ksin ini dimaklumkan adalah keluaran syarikat farmaseutikal Pfizer dan telah menerima kelulusan pendaftaran bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Dijangkakan 5.9 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan menerima v4ksin itu pada tahun ini dengan kira-kira 11.8 juta dos disediakan dalam usaha kerajaan memerangi j4ngkit4n virus m4ut tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : the vocket


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dakwa Selamat, Pakar Saran Ibu Bapa Tidak Tangguh Anak-Anak Dapatkan Sunt1k4n V4ksin COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*