Kisah Wanita OKU Ini Tul4r Di Tiktok! Ramai Luah Rasa Kagum

Tiada seorang manusia di muka bumi ingin dilahirkan dalam serba kekurangan termasuk buat wanita yang bernama Khairul Anissa Mat Samsuddin ini.

Kekurangan & Kelemahan D1ri Bukan Penghalang 

Namun,kekurangan dan kelemahan d1ri tidak pernah menjadi batu penghalang buatnya untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain. Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, ‘wanita kebal’ berusia 32 tahun ini mahu membuktikan di sebalik kekurangan d1ri, dia tetap berusaha mahu dan boleh mencari rezeki halal seperti orang lain.

Anisa Tular Di TikTok 

Di aplikasi TikTok, figura yang mesra disapa Anisa ini menjadi tumpuan sehingga tular mengenai kisahnya selepas berj1nak j1nak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.

“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengh4rapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.

“Namun lumrah di sebalik kekurangan d1ri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak men4ngis dan tinggalkan terus dunia berniaga.

“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis eg0 dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Pernah Dip3rli Dengan Kata Sin1s

Dalam pada itu, Anisa turut mendedahkan d1rinya pernah dipersoalkan oleh segelintir pihak hanya kerana mempunyai kekurangan fizikal. Difahamkan, Anisa pada awalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu dia diserang k4nser mata hingga hil4ng penglihatan.

“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi ped1h rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.

“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.

“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya

Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shaki serta dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun, wanita itu terus diuji.

“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertvlis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.

“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.

“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik cov1d-19 menyer4ng dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” dedah Anisa

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat rezeki sebagai pengedar barangan kosmetik bagi jenama tersebut dan pertaruhan menjual di aplikasi sosial media ternyata membuah hasil.

“Saya mencuba nasib berj1nak j1nak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.

Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan d1ri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.

“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling.

“Saya send1ri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kisah Wanita OKU Ini Tul4r Di Tiktok! Ramai Luah Rasa Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*