“Jangan Sampai Aku Try” – Sharnaaz Ahmad Mahu Jadi Hero Dalam MV Terbaru DSV?

Jutawan Kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) mengumumkan pencarian pelakon lelaki video muzik terbarunya akan datang dan turut mendedahkan kriteria yang diinginkan.

Mencari ‘Hero’ Bagi MV Terbaru

Menerusi hantarannya di Instagram, DSV meminta cadangan peminat untuk mencari jejaka yang sesuai berada dalam muzik video terbarunya itu.

“Saya nak cari hero dalam muzik video saya. Boleh bagi cadangan tak siapa pelakon, hero, penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero tu dalam muzik video ?- tvlis DSV

Mahu Lelaki Bujang & Sado

Tambahnya lagi, antara c1ri-c1ri yang dicari pada figura tersebut antaranya adalah seorang lelaki yang bujang dan mempunyai badan yang kekar.

“Tapi saya nak yang bujang, tiada tunang, tiada bini, single and available kerana takut la terjatuh tisu ko, takut tersentuh. So saya nak yang single dan available, hensem, sado.”- katanya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“Jangan Sampai Aku Try“-Sharnaaz Ahmad

Tinjauan Murai.MY di ruangan komen hantaran DSV itu turut mendapat komen dari pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad yang berselor0h sanggup dilanggar lori kerana ingin terlibat dalam muzik video DSV.

“Jangan sampai aku try..Haa jagaaa. Jangan kata tempuh, kena langgaq lori pun boleh.

Cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa? 🤣”- komen Sharnaaz

Sekadar info, DSV membuat keputusan untuk tampil dengan single terbaharu kononnya ingin membalas kembali sindiran yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli yang turut tampil dengan sebuah lagu sebelum ini. Menurut DSV, dia mengambil pendekatan tersebut kerana ingin mereka yang mendengarkan lagu itu kelak merasakan kesedihannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Jangan Sampai Aku Try” – Sharnaaz Ahmad Mahu Jadi Hero Dalam MV Terbaru DSV?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*