“Kalau Bukan Dengan Saya, Dia Takkan Kahwin Sampai Bila-Bila” Gadis Sudi Terima Ex-BF Kerana Kesetiaannya

Ketetapan hakiki, jodoh, ajaI dan ‘m a u t’ di tangan tuhan. Kita sebagai hamba-Nya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tuIar baru-baru ini di mana pasangan ini yang mana percintaan mereka pernah put0s di tengah jalan tetapi akhirnya ke jenjang pelamin meraih perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, difahamkan, , Nurul Maizatul Nisha Noor Azman dan Muhammad Shamsul Fahmy Rosdi berkenalan sejak tingkatan tiga menerusi aplikasi sembang WeChat pada 2016.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

“Selepas itu kami tak contact. Kami contact semula pada 2018 dan couple tapi hubungan kami tak panjang bila put0s awal 2019.”

“Kami kemudian tak berhubung sehingga pertengahan 2020, sampai dia dapat tahu saya dah bertunang dengan orang lain. Kasihan, dia kecewa,” katanya yang berusia 21 tahun.

Lebih mesra disapa Nisha, katanya, ikatan pertunangannya bagaimanapun tidak berpanjangan apabila put0s pada akhir 2020.

“Dia (bekas kekasih) kemudian hubungi saya semula selepas saya put0s tunang. Dia terus serius cakap nak halalkan saya.”

“Pada mulanya saya tak yakin sebab masih ‘trauma’ put0s tunang sebab bekas tunang dulu seorang yang panas baran,” ujarnya yang berasal dari Muar, Johor.

Menganggap kisah put0s cinta sebagai ‘sejarah’, namun kerani itu mengakui suaminya seorang lelaki yang pendiam, penyabar dan setia.

“Dalam masa saya kenal dengan lelaki lain, dia tetap setia tunggu saya. Suami seorang yang tenang dan susah nak ada pasangan lain, tapi saya je yang tak nampak peng0rbanan dia.”

“Kami bertunang awal bulan Disember 2021 dan awal tahun ini kami bernikah,” katanya sambil menambah suaminya merupakan seorang pemandu lori.”

“Macam tak percaya dia adalah jodoh saya sebab tak berapa yakin dengan dia dulu. Sebab dia pernah kata kalau tak kahwin dengan saya, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.”

“Apatah lagi sepanjang perkenalan, kami dah banyak kali lost contact dan put0s cinta. Tapi syukur Alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri,” katanya.

VIDEO:

 

 

Tahniah kami ucapkan. Selamat pengantin baru buat Nisha & Suami. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kalau Bukan Dengan Saya, Dia Takkan Kahwin Sampai Bila-Bila” Gadis Sudi Terima Ex-BF Kerana Kesetiaannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*