Ebby Yus keluar hospital, perlu jalani rawatan susulan… – Ebby Yus Dedah keadaan terkini dirinya

KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak Ebby Yus semakin baik apabila dia dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu.

Bagaimanapun menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi peny4kit buah pingangg dan jantung.

“Alhamdulillah… tak ada apa pun yang perlu dibimbangkan, sudah tiga hari saya keluar daripada hospital.

“Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk peny4kit lain pula selepas ini.

“Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengk4k dan bacaan kreatinin buah pinggang pun naik sedikit,” katanya kepada mStar.

553

Ebby bersyukur ramai rakan dan peminat yang mendoakan kesihatannya.

Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat b4njir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan musnah dibawa arus b4njir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu.

Akibat daripada kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Dalam pada itu ditanya tentang proses pembersihan tapak rumahnya itu, pelakon filem This Is Pilah ini berkata ia tergendala kerana keadaan jalan yang tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.

Apabila ada kawan dan peminat bertanya khabar, itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat.

EBBY YUS

PELAKON

Kata Ebby, tanah di kawasan rumahnya perlu periksa semula kerana banyak perubahan yang telah berlaku selepas dilanda b4njir.

“Saya tak boleh nak buat apa sangat di atas tanah rumah kerana terh4kis akibat daripada b4njir. Nak kena ukur balik sebab strukturnya dah lari dan perlu tambak semula.

“Kalau ada rezeki selepas ini, memang saya nak bina semula rumah di atas tanah itu.

“Sekarang ini mereka kena betulkan keadaan sungai terlebih dahulu, kemudian baru la kenderaan boleh keluar dan masuk untuk proses pembersihan kawasan rumah saya,” katanya.

IMG_20211226_093101

Keadaan rumah Ebby di Hulu Langat yang lesap akibat b4njir.

Biarpun berkali-kali diuji, Ebby tetap bersikap positif dan menghargai rakan artis serta peminat yang mendoakannya.

“Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan, itu pun sudah dikira sebagai satu bantuan juga… syukur Alhamdulillah.

“Apabila ada kawan-kawan dan peminat yang bertanya khabar, pada saya itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat selain daripada kuasa Allah,” katanya.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana peny4kit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengalami serangan jantung di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah di Makkah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ebby Yus keluar hospital, perlu jalani rawatan susulan… – Ebby Yus Dedah keadaan terkini dirinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*