“S4kit Hanya Satu Peratus Sahaja” Ini Yg Berlaku Kepada Kaki Nabila Razali Gara-gara Tersandung

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah selebriti terutamnya penyanyi apabila menjadi artis yang akan memeriahkan sesuatu majlis sambutan ambang tahun baru baik secara terbuka mahupun acara tertutup.

Hal ini samalah seperti yang dilakukan penyanyi wanita, Nabila Razali apabila menjadi selebriti jemputan untuk mendendangkan lagu di majlis sambutan tahun baru yang diadakan secara tertutup.

Namun begitu, situasi tidak dijangka apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu tiba-tiba terpelecok dan terj4tuh semasa hendak menaiki pentas.

Situasi berkenaan telah dimuat naik sendiri Nabila di media sosialnya dengan menulis kapsyen ‘bagaimana dia memulakan tahun 2022’ pada ambang tahun maru malam tadi.

Walau bagaimanapun, tindakan penyanyi itu yang pandai cover selepas insiden memalukan itu mendapat pujian kerana dia tetap bangun dan kembali memeriahkan acara. Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang melihat persembahannya.

Kaki Nabila Razali lebam gara-gara tersandung, tanggung malu depan tetamu – “S4kit hanya satu peratus sahaja”

MALU… Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Akibat dari insiden tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam namun tiada kecederaan yang serius.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. k3san daripada tersandung itu, ada lebam sikit.

“Tak ada apa yang serius… s4kit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

“Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu,” kata Nabila kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila j4tuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian netizen.

Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

Biarpun terj4tuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa s4kit hil4ng disebabkan terlalu malu j4tuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap ins1den tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

Nabila dibantu dua orang selepas tersandung.

“Ikutkan perasaan malu 99 peratus, s4kit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

“Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi… Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu.

“Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” ujarnya.

Rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu.

Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut j4tuh terduduk di lantai.

SUMBER: MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“S4kit Hanya Satu Peratus Sahaja” Ini Yg Berlaku Kepada Kaki Nabila Razali Gara-gara Tersandung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*