“Keluar tadi ayah ada mengg4tal tak” Muka bapak dah cu4k, Netizen Berdek4h Tengok Anak Kant0ikan Ayah ‘Gat4l

Bila bercakap tentang kanak2 ni, mereka ini diibaratkan seperti kain putih, mereka tidak pandai men1pu, mereka hanya bercakap tentang kebenaran sahaja. Sebab itulah bila kanak2 mengatakan sesuatu, kita akan cenderung untuk lebih percaya.

Ibu bapa adalah cerminan terbaik bagi seseorang kanak2. Pada usia yang awal, kanak2 selalunya mempunyai imaginasi yang kreatif dan kanak2 yang kreatif ini selalunya lebih cerdik dan kanak2 yang kreatif ini juga akan selalu menjadi buah hati ibu bapa mereka.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang agak sedikit takut apabila anak lelakinya yang masih bergelar kanak2 itu ny4ris k4ntoikan dirinya. Ianya terjadi apabila kanak2 itu disoal samada ayahnya itu mengg4tal atau tidak sewaktu keluar bersama mereka.

Nasib baik apabila kanak2 tersebut pandai menjaga rahsia ayahnya itu tanpa membuatkan ibunya itu was-was. Setelah ditanya adakah ayahnya itu mengg4tal atau tak dan selamba sahaja muiz menjawab yang ayahnya gat4l tetapi dia dah tolong garukan. Memang boleh dipuji kreativiti kanak2 tersebut menjawab soalan ibunya.

Video:

Bila menjengah ke ruangan komen pula rata2 netizen memuji ketangkasan kanak2 tersebut yang menyelamatkan ayah dia tu. Ramai yang tergelak dengan tindakan pantas itu.

Komen Netizen:

Lelaki Cur4ng Dan Kenapa Perempuan Harus Faham

Lelaki curang! Ayat ini sering kali memualkan majoriti kaum wanita di serata dunia. Namun, sehingga ke saat ini, kaum wanita masih lagi sukar untuk memahami mengapa rata-rata kaum lelaki gemar bersikap curang.

Ya, ada apa dengan lelaki dan sikap curang mereka? Mengapa mereka tidak pernah cukup untuk setia dengan seorang wanita sahaja di dalam hidup mereka? Baik lelaki yang masih di alam pacaran, mahu pun yang sudah berumah tangga, curang itu ibarat suatu lumrah.

Sikap curang spesis kaum lelaki telah pun dibahaskan banyak kali, namun kebanyakan wanita masih lagi buntu dan bingung untuk menangani kecurangan lelaki, sedangkan mereka sudah lakukan yang terbaik buat lelaki yang mereka cintai itu.

Ironinya, wanita cantik dan berpenampilan seperti model atau wanita yang kaya serta berstatus juga turut menjadi mangsa kecurangan sang lelaki. Bukan lagi hanya setakat tertumpu kepada wanita yang membosankan serta tidak pandai menjaga penampilan diri selepas berkahwin.

Pelik! Apa yang lelaki mahukan sebenarnya?

Dalam buku Why Do Men Cheat karya Randy Wallace, beliau cuba menjelaskan kepada golongan wanita bahawa lelaki bersikap cur4ng kerana itu yang lelaki mahukan. Kenyataan ini barangkali pahit untuk ditelan. Tapi, itulah hakikatnya.

Biarpun kamu memberikan segalanya sama ada dari sudut kasih sayang serta perhatian yang tidak berbelah bahagi, wang atau material mahu pun layanan s3ks yang hebat dan tip top, namun lelaki akan tetap bersikap cur4ng.

Kenyataan Randy Wallace ini mungkin benar dan mengingatkan saya kepada pertemuan bersama empat rakan lelaki yang sudah lama saya kenali iaitu Ahmad berusia 30-an, Shafiq dan Razman (40-an) serta Halim (50-an).

k3semua mereka sudah bertahun mendirikan rumah tangga serta hidup bahagia bersama pasangan hidup masing-masing.

Tidak ada satu pun yang cac4t cel4nya dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka sangat menyayangi suri hati mereka itu serta tidak pernah sedikit pun lupa akan tanggungjawab terhadap keluarga.

Pada hari-hari tertentu, mereka akan luangkan waktu yang penuh kualiti bersama keluarga di rumah dan adakalanya keluar bersama isteri dan anak-anak untuk makan, jalan-jalan ataupun pergi shopping.

Akan tetapi di sebalik sifat-sifat ideal sebagai seorang suami dan bapa, keempat-empat mereka ini gemar berselingkuh.

Pernah saya ajukan soalan kepada mereka, mengapa kalian cur4ng? Adakah kerana sudah bosan dengan isteri-isteri kamu? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan isteri-isteri kamu? Jawapan yang saya terima sungguh memeranjatkan dan membuatkan saya terpempan.

Kata keempat-empat mereka memberitahu, tidak ada suatu pun perkara yang tidak kena dengan isteri-isteri mereka. Malah, mereka menyifatkan isteri-isteri mereka itu adalah yang terbaik dari segala sudut.

Namun, kata Halim, memiliki teman wanita membuatkan jiwanya sentiasa muda dan bersemangat.

“Dengan isteri manjanya lain. Dengan girlfriend pulak, manjanya bukan main. Itu yang seronok tu sebab dia dapat teman kita bila kita keluar pergi karaoke dengan member-member,” katanya.

Razman pula berkata, sekali pun dia curang, tetapi ia hanyalah sekadar suka-suka.

“Bila ada girlfriend ni, dia dapat mengisi masa kita pada masa kita seorang diri. Seronok layan orang muda ni,” katanya.

Lain pula halnya dengan Syafiq. Baginya, ada ramai wanita di luar sana yang kurang kasih sayang, jadi apa salahnya kalau dia berbahagi kasih dengan mereka.

“Bukan mereka tidak tahu status kita ini sebagai suami orang. Tapi, nak buat macam mana. Mereka sendiri pun nak dekat dengan kita. Kita pun layan sajalah,” katanya.

Ahmad pula memberitahu, biarpun dia cur4ng dengan isterinya, namun dia tidaklah sampai ke tahap untuk menambah kuota isteri.

“Siapa tidak sayang bini oi. Jadi, saya selalu ingatkan wanita-wanita yang ingin mendampingi saya bahawa saya tidak boleh mengahwini mereka.

“Jika mereka boleh terima, okeylah. Jika mereka tidak terima, saya tidak paksa. Tapi, bila mereka boleh terima, saya lagilah okey,” katanya sambil tertawa.

Mereka memberikan semua jawapan itu tanpa rasa bersalah dan tidak sedikit pun melihat bahawa kecur4ngan itu sebagai suatu k3salahan.

“Yang penting, kami tidak lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan keluarga serta membahagikan masa buat mereka,” kata Syafiq lagi.

Sebagai wanita, sukar juga pada awalnya untuk saya menelan kata-kata mereka ini. Ia seperti tidak masuk akal dan pada saat itu, terdetik juga di minda saya, kegilaan apakah mereka ini.

Namun, seperti yang ditulis John Gray di dalam buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, saya juga terpaksa menerima hakikat bahawa lelaki memang dijadikan sikap, sifat dan pemikirannya jauh berbeza daripada wanita.

Dengan sikap, sifat dan pemikirannya yang jauh berbeza inilah, maka usah persoalkan kenapa lelaki gemar cur4ng. Bak kata Randy Wallace sekali lagi, lelaki bersikap cur4ng kerana itulah yang mereka mahukan! Itulah yang harus wanita fahami. – Getaran, 27 Jun 2021

 

Sumber: Tiktok, sinarviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Keluar tadi ayah ada mengg4tal tak” Muka bapak dah cu4k, Netizen Berdek4h Tengok Anak Kant0ikan Ayah ‘Gat4l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*