‘Masuk semak terus tak sedar, tapi dpt rasa kaki sedang berjalan menuruni cerun’ – Remaja cerita semula misteri kehil4ngannya

PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hil4ng di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi tidak tahu sama ada dirinya ‘dicul1k’ atau ‘disor0k’ bunian dalam kejadian itu.

Perkongsian menerusi sesi ‘live’ di laman sosial milik abangnya @iznunmariam1, Muhammad Iznun yang tidak ditemukan dalam tempoh lebih 30 jam itu memberitahu, ketika kejadian, apa yang diingati olehnya cuma ‘tidur selama sejam’.

“Saya tak nampak apa-apa pun,” katanya ketika ditanya pengguna laman sosial sama ada dia bertemu atau nampak penempatan bunian semasa kejadian itu.

Malah katanya, apa yang hil4ng sepanjang dia ‘tidur selama sejam’ itu adalah kad sim miliknya.

“Itu sahaja yang hil4ng, telefon yang saya letak dalam kocek seluar masih okey,” jelasnya.

Malam Ahad lalu, Azim yang dipanggil adik oleh abangnya, dilaporkan hil4ng selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.

Azim ditemukan pada keesokan hari bersendirian di tepi sungai di Kampung Pasir Linggi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hil4ng.

Dipercayai, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai itu keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk lepak bersama rakan sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi.

 

Dalam pada itu, adik Azim yang menerima pelbagai hadiah daripada orang ramai sejak dia ditemukan minggu lalu turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih

Tangkap layar sesi ‘live’ adik Azim menjelaskan kepada pengguna laman sosial berkenaan kehil4ngan dirinya minggu lalu.

‘Dia ditemui dalam keadaan letih, kotor & bingung’ – Remaja hil4ng berjaya ditemui wanita berusia 50-an, tanpa dapat dilihat penduduk lain

Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hil4ng selepas kenc1ng di kawasan semak pada malam Isnin lalu, di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, telah berjaya ditemui kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Muhammad Iznur Al-Azim Mahadi, ditemui oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Yah, berusia 50-an semasa datang ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan setelah kehil4ngan remaja itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hil4ng.

Ibu m4ngsa, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anaknya ditemui dalam keadaan sedang berjalan kaki sambil menjinjing selipar.

Difahamkan, Kak Yah sebelum itu dalam perjalanan ke lokasi bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan ternampak seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah, kotor dan memegang selipar. Kak Yah terus memberhentikan keretanya dan membawa remaja itu untuk diserahkan kepada Khairul Nisa.

Namun menurut cerita orang lain yang turut bersama dengan Kak Yah pada waktu itu berkata, mereka tidak nampak kelibat remaja itu seperti yang dilihat oleh Kak Yah. Apatah lagi mereka tidak melihat remaja berkenaan ketika Kak Yah berhenti untuk mengambilnya. Mereka hanya dapat melihat mangsa selepas dia selamat dihantar ke rumah keluarga.

Setakat ini, Muhammad Iznun Al-Azim masih dalam keadaan bingung dan berdiam diri dipercayai masih tr4uma dengan apa yang berlaku.

 

Suumber: MalaysiaKini, Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Masuk semak terus tak sedar, tapi dpt rasa kaki sedang berjalan menuruni cerun’ – Remaja cerita semula misteri kehil4ngannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*