Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung… Akui gement4r, doa bers4lin secara normal

BAKAL menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pengacara Noor Neelofa mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka tiba pada bila-bila masa.

Menurut Neelofa, 33, dia dan suami iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz sudah membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anak pertama mereka itu.

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini… kata orang tengah menghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

“Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

“Daripada segi persiapan kena belajar banyak perkara. Saya baca buku-buku dan bertanya pada orang. Barangan baby pun semua dah siap,” katanya kepada mStar.

lofa

Neelofa doa dapat bers4lin secara normal.

Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran perisa baharu susu jenama Nilofa yang diadakan di Bayswater KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan lancar.

Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.

NEELOFA

PENGACARA

“Saya bakal melahirkan anak ini di Kuala Lumpur sahaja… terima kasih kepada yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan.

“Rupa-rupanya bukan senang nak jadi seorang ibu merasai pengalaman mengandung dan melahirkan… itu satu perjalanan yang cukup berbeza.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami,” ujarnya.

nilofa susu

Neelofa masih sempat menghad1ri pelancaran perisa susu terbaharu jenama Nilofa.

Sejak Julai tahun lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Aksi Neelofa mengusap perut semasa menghad1ri prosiding k3s pel4ngg4ran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks mahk4m4h Seremban, Negeri Sembilan turut mencuri tumpuan orang ramai pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, Neelofa memilih untuk mengunci mulut dan membiarkan peminat terus berteka-teki mengenai keh4milannya itu.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Neelofa menghitung hari tunggu kelahiran anak sulung… Akui gement4r, doa bers4lin secara normal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*