“Bilik Asing-Asing Ke Tu?” – Janna Nick Bercuti Dengan Dini Schatzmann, Lain Pula Soalan Netizen

Pasangan kekasih popular, Janna Nick dan Dini Schatzmann khabarnya sedang berada di luar negara bagi menghabiskan masa bercuti bersama.

Janna juga ada berkongsikan video-video momen percutian mereka di Instagram untuk tatapan peminat di luar sana.

Kelihatan begitu ceria sekali, Janna dan Dini dilihat telah pergi ke beberapa lokasi menarik di United Kingdom.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil men1ngg4lkan komen gembira melihatkan kebahagiaan pasangan kekasih ini.

Namun ada juga komen-komen nakal netizen yang bertanyakan sama ada Janna dan Dini tinggal di bilik berasingan selama bercuti di luar negara itu.

“Tidur sekali ke pergi travel? Ke bilik asing-asing?” komen seorang netizen.

“Kehulu kehilir, mampu menikah tapi tak menikah, Allahu hati-hati jangan sampai Allah murka..” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Namun begitu, ada pengguna Instagram menyangkal d4kwaan netizen dan menjelaskan Janna dan Dini ke luar negara bagi urusan kerja dan turut disertai ramai pasukan produksi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam satu hantaran lain, Janna juga ada memuat naik hantaran memaklumkan bahawa dia ke luar negara pada 14 Disember lalu untuk tugasan bersama sebuah jenama terkenal, Louis Vuitton.

Sumber: Beautifulnara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Bilik Asing-Asing Ke Tu?” – Janna Nick Bercuti Dengan Dini Schatzmann, Lain Pula Soalan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*