Suki Terharu! Berterima Kasih Dengan Peminat Siti Nurhaliza

Penyanyi Suki Low meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan pujian yang diberikan oleh peminat Dato Sri Siti Nurhaliza apabila membawakan lagu penyanyi popular itu, Badarsila pada minggu ketiga Gegar Vaganza (GV8) pada Ahad lalu.

Ramai Puji Suki

Suki yang menduduki kedudvkan keempat dengan perolehan markah 78.60% mendapat pujian ramai setelah berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Malah, maestro muzik yang juga juri tetap GV8,Datuk Ramli MS turut memuji kemerduan suara dan persembahan Suki.

Di kesempatan itu, Suki ketika ditemui Murai.my usai daripada persembahannya berterima kasih kepada semua peminat terutama peminat Siti yang memuji persembahannya. Menurut Suki, dia telah mencuba sehabis baik untuk membawakan lagu tersebut dan berh4rap persembahannya tidak mengecewakan orang ramai.

“Terima kasih banyak atas semua sokongan anda dan saya h4rap ia tidak mengecewakan anda semua sebab saya dah cuba yang terbaik untuk tidak mengecewakannya. terima kasih sekali lagi atas sokongan dan ucapan anda semua” ujar Suki

Penampilan Persis Mahsuri 

Via Instagram Calvin Thoo

Dalam perkembangan berkaitan, Suki turut mengulas mengenai busananya yang turut mendapat pujian ramai sehingga diibaratkan persis Mahsuri. Jelas Suki, penampilannya itu mendapat sentuhan Calvin Thoo namun tidak menyangka ia seakan mengingatkan segelintir orang kepada lagenda Pulau Langkawi.

“Baju ini adalah rekaan Calvin Thoo. Sebenarnya saya tak sangka ada beberapa orang tegur termasuk kawan cakap penampilan saya malam ini cantik dan saling tak tumpah macam potret lukisan Mahsuri” katanya lagi

Sekadar info, pada minggu hadapan Suki bakal membawakan lagu popular Hael Husaini berjudul Jampi.

 

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suki Low (@iamsukilow)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suki Terharu! Berterima Kasih Dengan Peminat Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*