“Berlakon Dari Kecik Tapi Satu Anugerah Pun Tak Dapat” Lu4han Bell Buat Ramai Seb4k

Program hiburan Mah4raj4lawak Mega saban tahun menyaksikan pelbagai variasi peserta daripada golongan pelawak senior sehinggalah kepada pelawak yang baru mula hendak bertapak. Jika sebelum ini kumpulan pelawak selesa untuk kekal dalam kumpulan mereka send1ri namun tahun ini berbeza apabila kebanyakan mereka membuat keputusan untuk berpecah dan bergabung dengan ahli kumpulan baru demi memberikan idea yang lebih segar dan menarik.

Kumpulan Tobat pada awalnya di anggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Shuk Sahar. Namun Shuk kemudiannya mengundurkan d1ri atas sebab peribadi dan membuatkan kumpulan Tobat menjemput Ajak Shiro untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuk itu.

Bersiaran setiap hari jumaat, sebentar tadi telah berlangsungnya persembahan kumpulan- kumpulan yang bertanding pada minggu suku akhir. Mengangkat tema keraian, setiap kumpulan telah mempersembahkan sketsa mengikut tema.

Bagi kumpulan Tobat, kumpulan yang terd1ri daripada Ajak Shiro, Ropie dan juga Bell Ngasri itu telah memaparkan keadaan mereka bertiga sekiranya memenangi pertandingan Mah4raj4lawak.

Sementara setiap daripada mereka meluah rasa gembira dan perancangan masing -masing setelah memenangi wang kemenangan, Ajak secara tiba- tiba berkata angan- angan kumpulan mereka menjadi juara kelihatan agak mustahil memandangkan mereka mendapat markah agak rendah minggu lalu.

Ajak kemudiannya berkata beliau merasa agak malu dan berputus asa apabila mendapat markah rendah. Persembahan kumpulan berkenaan kemudiannya menjentik emosi para penonton apabila Bell meluahkan perasaan beliau terhadap reaksi Ajak itu.

Bell berkata beliau hanya ingin berangan walaupun sedar berkemungkinan besar angan- angan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sepanjang pengalaman beliau menyertai pertandingan Mah4raj4lawak sebelum ini menerusi kumpulan Tobat adalah pencapaian yang paling jauh pernah beliau capai apabila mampu bertahan sehingga minggu suku akhir. Mengikut rekod penyertaan beliau di pertandingan Mah4raj4lawak sebelum ini, kebiasaannya beliau pasti akan tersingkir pada minggu awal.

Lebih mengharukan apabila Bell yang juga merupakan seorang pelakon itu berkata sepanjang beliau berada di dalam industri selama ini, beliau tidak pernah menerima sebarang anugerah di atas bakat lakonan beliau itu.

Malahan walaupun beliau terlebih dahulu berada di dalam industri berbanding rakan- rakan lain dan mula berlakon sejak daripada kecil namun beliau tidak pernah menerima pengiktirafan di atas bakat dan sumbangan beliau dalam menjayakan watak yang berkesan selama ini.

Menjengah keruangan komen, para penonton rata- ratanya merasa terkesan dengan kata- kata Bell itu memandangkan ada benarnya bahawa selama beliau berlakon tidak pernah menerima sebarang anugerah. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen terhadap luahan Bell itu.

Sebagai rekod program lawak Mah4raj4lawak Mega ini masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan iaitu sebanyak RM500,000.00. Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

30 Tahun Dilabel Pelakon Tempelan, Bell Ngasri Akhirnya Jadi Pilihan Utama Pengarah

Setelah lebih tiga dekad membina nama dalam industri seni tanah air, pelakon dan pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila bakatnya masih menjadi perhatian ramai sehingga kini.

Dalam memastikan d1rinya kekal relevan, Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia tidak memilih tawaran lakonan dan tidak pernah berkecil meskipun namanya sering menjadi pilihan kedua penerbit.

” Alhamdulillah rezeki saya… saya pun sebenarnya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya apa saya lakukan untuk kekal berada di sini.

” Cuma yang boleh saya cakap, saya cuma pastikan d1ri saya sentiasa ada, itu sahaj4lah strategi saya.

” Sebelum ini saya selalu sahaja jadi artis kedua, ketiga tapi saya tak kisah saya terima sahaja dan buat yang terbaik untuk mereka. Mungkin sekarang baru orang semakin nampak karier saya.

” Saya ni dah berlakon sejak kecil… banyak juga cerita lakonan saya popular semasa itu.

” Sekarang ni saya tak kisah, selagi ada orang suka, orang nak tengok saya akan cuba bawa apa sahaja watak dengan sebaik mungkin,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon utama filem 18 Puasa Di Kampong Pisang ini mengakui tidak tercabar dengan kehadiran ramai pendatang baharu dalam industri.

Malah, Bell berkata dia seorang pelakon mudah untuk didekati oleh pelakon senior dan baharu.

” Sekarang ni ramai pelawak lahir dari program Raja Lawak… ada yang saya di belakang mereka tapi saya tak kisah dan tak pernah rasa ada gap antara kami!

” Saya cuba jadi kawan mereka, sedangkan ada pelakon dalam usia saya tak boleh sesuaikan d1ri dengan dunia sekarang, tapi saya pula tak ada masalah tentang itu.

” Apabila saya bersama budak baharu, mereka anggap saya dalam kelompok mereka, kalau bersama pelakon lama pula mereka rasa saya macam pelakon senior juga… jadi memang tak ada masalah nak berkawan dengan mereka semua,” ujarnya.

Gambar – Bell (tengah) kini sering menjadi pilihan membintangi filem arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Selepas 34 tahun berada dalam industri seni, Bell berkata dia tidak pernah meletakkan harga tinggi seperti didakwa oleh adiknya yang juga pelakon dan penerbit, Darling Ngasri.

Sebenarnya harga saya jauh lebih murah

” Apabila semakin lama dalam industri, orang ingat harga saya mahal, sebenarnya harga saya jauh lebih murah dari artis-artis baharu yang lebih popular sekarang.

” Saya hanya ambil sebahagian dari mereka… itu pun orang kata mahal ke? Alhamdulillah rezeki saya masih ada!” ujarnya.

Pada 2019, Darling Ngasri pernah mendedahkan abangnya Bell Ngasri sebenarnya antara selebriti yang mempunyai nilai bayaran tinggi. meskipun sering tampil dengan watak tempelan.

Kata Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, nilai tinggi yang diletakkan Bell membuatkan dia tidak mampu untuk menawarkan sebarang tawaran drama kepada abangnya itu.

” Sebenarnya bukan sahaja director yang meminati Bell… saya send1ri suka bekerja dengan dia.

” Sebenarnya Bell selalu juga tanya kenapa tak mahu ambil dia berlakon untuk drama yang saya terbitkan… saya katakan sebab memang tak boleh nak bayar dia.

” Dia terlalu mahal! Lagipun dia sangat busy,” katanya.

Sumber:Instagram Cerita artis malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Berlakon Dari Kecik Tapi Satu Anugerah Pun Tak Dapat” Lu4han Bell Buat Ramai Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*