Kucing setia menunggu di pus4ra tuannya

PETALING JAYA – Kisah seekor kucing yang menjadi penunggu setia di pus4ra tuannya mengamit rasa sed1h dan terharu anak perempuannya tentang kasih sayang seekor binatang yang tidak pernah pudar.

Kisah itu dikongsikan Pensyarah Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Solehah Yaacob menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Kucing ini dahulunya dipelihara oleh arw4h ayahanda saya, Ustaz Yaacob Ismail.

“Setelah arwah ayah men1ngg4l dunia, kucing ini sentiasa menunggu di pus4ranya,” katanya.

Tambah Solehah, antara amalan yang diamalkan oleh arw4h ayahnya adalah sentiasa memberi kucing itu makan ikan rebus yang bersih dari tulang.

“Arw4h amalkan bila bagi kucing makan ikan rebus, arw4h selalu buang dulu tulang, ikan yang bersih dari tulang saja yang diberi makan kepada kucingnya,” katnya.

Sementara itu, beliau turut berpesan agar sentiasa berbuat baik sesama makhluk.

“Kita tidak tahu, barangkali makhluk yang kita jaga dan pelihara itu akan mendoakan kita setelah kita kembali ke rahmatullah suatu hari nanti,” ujarnya.

Jelasnya, kali pertama kucing itu ke kubvr adalah sewaktu mengikuti adiknya ke sana dan menjadi rutin harian kucing tersebut untuk sentiasa menziarahi pus4ra tuannya.

“Untuk pertama kali tu kucing tu ikut adik saya pergi ke kubvr. Lepas tu dia dah tahu jalan dan boleh pergi sendiri. Jarak rumah dan kubvr dekat je,” katanya. – K! ONLINE


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kucing setia menunggu di pus4ra tuannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*