Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing

Kalau dah mak nya cantik, anak-anak pun akan mewarisi kejelitaan ibu mereka. Wanita ini merupakan artis popular suatu ketika dahulu dan kini sudah melalui fasa anak-anak meningkat dewasa. Pandai selebriti ini menjaga kecantikan dan penampilan mereka kerana kelihatan seperti adik-beradik sahaja dengan anak-anak mereka.

1. Datuk Sheila Majid

Wan Nur Khaleda Aziz, 27 tahun bukan sahaja mewarisi kecantikan ibunya malah mempunyai bakat nyanyian seperti ibunya, Datuk Sheila Majid. Walaupun tidak mengikut genre muzik seperti ibunya yang digelar Ratu Jazz ini, gadis yang lebih mesra disapa Kayda ini lebih cenderung kepada muzik hip-hop dan pernah tampil dengan album pertama, Love For No Reason.


Foto: Instagram @missmajid

Foto: Instagram @sizez3ro

2. Datuk Ziela Jalil

Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid puteri sulung Datuk Ziela Jalil merupakan seorang doktor. Telah mend1rikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.


Foto: Instagram @zielaj4lil

Foto: Instagram @zielaj4lil

3. Datin Seri Noniswara Al Sheikh

Nur Erysha Emyra Zakaria baharu sahaja berusia 20 tahun dan merupakan anak kepada Dram4tis Datin Seri Noniswara. Mempunyai 30.7 ribu orang pengikut di laman Instagram. Terbukti anak kepada Datin Seri Noniswara beauty with brains bila mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM.


Foto: Instagram @noniswara

Foto: Instagram @eryshaemyra

4. Datin Suliza Salam

Kedua-dua anak gadis Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Izzati Zainal Nazeri dan Falahi Zainal Nazeri masing-masing cemerlang dalam SPM serta telah melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perakaunan dan arkitek.


Foto: Instagram @sulizasalam

Foto: Instagram @falazainal

5. Datin Sofea Jane

Pelakon yang masih diingat sehingga kini kerana penghayatan wataknya dan kejelitaan yang dimiliki. Datin Sofea baharu menerima menantu apabila anak sulungnya, Arissa Azman mend1rikan rumahtangga. Arissa mend1rikan rumahtangga pada usia yang sama ibunya berkahwin!


Foto: Instagram @fendisani

Foto: Instagram @fendisani

6. Datin Azie Sidek

Kejelitaan Syarifah Nur Syamim, 25 tahun, sudah tentu mewarisi daripada ibu bapanya, Datin Azie ataupun nama sebenarnya Nor Aziah Sidek dan Datuk Syed Sobrie Syed Kechik. Bukan calang-calang anak perempuan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Mengh4rapkan Cintamu ini kerana sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam kajian kanser.


Foto: Instagram @mimialyahya

Foto: Instagram @mimialyahya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Nona


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dah Besar Anak Selebriti Popular Ini! Semua Mewarisi Kejelitaan Ibu Masing-masing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*