Diduga Lagi, Ebby Yus Dimasvkkan Ke H0spital

Berdepan ujian apabila rumahnya di Hulu Langat musnah akibat musibah b4njir baru-baru ini, pelakon dan pelawak Ebby Yus diduga lagi apabila dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas b4njir berlaku baru-baru ini. Bagaimanapun, pelakon berusia 56 tahun itu tidak mendedahkan di hospital mana dia ditahan.

“Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas b4njir tempoh hari, saya masuk hospital,” katanya.

Ditanya mengenai punca dia ditahan, Ebby berkata dia juga masih menantikan maklumat daripada hospital. Ebby ketika dihubungi hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya agak lemah.

“Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Rotikaya


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Diduga Lagi, Ebby Yus Dimasvkkan Ke H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*