Dua ‘bodyguard’ jalan terhegeh-hegeh, bos pula kena tunggu! Ke mana pergi si bulus mengekor, tapi kenapa wanita ini pernah stop bela kucing?

VIDEO gelagat dua ‘bodyguard’ berjalan terhegeh-hegeh sehingga memaksa ‘majikannya’ pula berhenti menunggu mereka yang jauh ketinggalan di belakang, ternyata mencuit hati warga maya.

“Bodyguard berlemak ni nak lari pun malas,” tvlis seorang warga maya.

‘Majikan’ kepada dua ‘bodyguard’ tersebut, Adzlin Al-Edrus yang mesra dipanggil Lin berkata, kedua-dua kucing itu sememangnya suka mengikutnya ke mana sahaja dia pergi.

“Kucing hitam putih tu Birken, sebvtan dia Bir Ken. Nama tu diambil sempena kasut Birkenstock sebab masa kecik kasut tu la tempat tidur dia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Yang seekor lagi tu namanya Sarimah, kucing adik saya tapi saya adopt untuk temankan Birken, umur dah empat tahun, Birken enam tahun.

“Video tu saya tak ingat bila tapi masa tu saya nak pergi beli nasi lemak, kakak yang jual nasi lemak tu pun dah kenal saya, bila pergi beli nanti dia akan tanya kucing tak ikut ke”,” katanya.

Birken mengikut tuannya pergi mengaji di rumah sebelah.

Berasal dari Singapura, Lin yang membesar di Selangor berkata saiz kucingnya yang agak “chubby” sering menyebabkan orang salah sangka.

“Biasa kalau sesiapa pun nampak Birken confirm akan tanya, “mengandung ke?” padahal dia jantan.

“Dia memang agak obese, berat dia last timbang 8.6 kilogram.

“Sarimah pula penakut, dia jarang keluar, dia tahu nak makan je, asal nampak muka akak dia lari ke dapur konon nak minta makanan,” katanya, yang kini menetap di Gurun, Kedah kerana mengikut suaminya yang bekerja di utara tanah air.

Sarimah duduk kekenyangan.

Menurut suri rumah tangga ini selain Birken dan Sarimah, empat kucing-kucingnya yang lain turut mempunyai tabiat yang sama.

“Yang lain pun akan mengekor akak juga tapi bila panggil balik semua jalan terhegeh-hegeh, buat pekak je, tu yang menyampah nak bagi keluar selalu.

“Lepas tu buat per4ngai macam monyet, panjat pokok, panjat bumbung,” selor0hnya.

Menurut Lin, Berkin asalnya merupakan kucing jalanan yang diselamatkan sewaktu dia masih menetap di Kuala Lumpur.

“Dia selalu kena attack dengan kucing lain masa kitten, jadi asalnya bawa untuk dapat rawatan dekat vet dan selalunya kami akan biarkan dia dekat luar dan bagi makan macam tu je, tapi ada satu tahap tu dia kena serang teruk sangat jadi kami buat keputusan untuk bela dia.

“Sarimah memang ambil dari adik saya untuk teman Birken, yang lagi empat ekor tu anak Sarimah, masa tu kami baru je pindah ke Kedah, tak sempat nak neutered, tau-tau je dia mengandung dan beranak tapi seekor anak dia m4ti dilanggar kereta.

“Seekor lagi kucing yang saya baru selamatkan namanya Abu,” katanya.

Birken menjadi mangsa dipvkul kucing-kucing lain.

Selain enam ekor kucing tersebut, Lin turut menyelamatkan beberapa ekor kucing jalanan lain namun kucing-kucing tersebut sama ada hil4ng atau m4ti disebabkan peny4kit.

“Sebenarnya akak memang tak ada plan nak bela kucing langsung sebab dah serik, akak stop bela lama sangat sampai la jumpa Birken baru bela semula.

“Sebabnya bila kucing m4ti, itulah yang membuatkan akak serik… dia punya men4ngis, dia punya sed1h tu makan bulan,” katanya.

Jelasnya, kawasan perumahannya sering menjadi tempat kucing-kucing jalanan di bu4ng.

“Dekat lorong rumah ni ada dua rescuer yang bela sampai puluhan kucing dan ramai orang dekat taman ni yang sudi bagi makan kucing, sebab tu ramai ambil kesempatan dia buang kucing dekat sini.

“Bila jumpa kucing-kucing yang kena bu4ng ni memang menyirap bila fikir suka-suka je mereka buang kucing.

“Kucing s4kit yang mana kami sempat tu kami rawat la, kalau yang sihat walafiat tu kami biar je dekat luar sebab ramai orang baik-baik dekat sini, mereka bagi makanan, jadi tak ada masalah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dua ‘bodyguard’ jalan terhegeh-hegeh, bos pula kena tunggu! Ke mana pergi si bulus mengekor, tapi kenapa wanita ini pernah stop bela kucing?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*