“M4ndul, sel3keh, patut tak ada zuriat” – Cari rezeki reviu makanan, wanita makan tak cover ayu jadi m4ngsa bvli siber… nasib baik suami OK

SELEKEH, kuat makan, patut tak ada zuriat sebab tak jaga pemakanan.

Itu antara kata-kata nista yang terpaksa ditelan seorang wanita demi tugasnya sebagai seorang food reviewer atau pengreviu makanan.

Bercakap kepada mStar, Nor Atierah Zulfatie Zulkiffli, 24 mengakui dia pernah beberapa kali hampir berputus asa serta men4ngis disebabkan kec4man yang diterimanya.

“Saya pernah men4ngis disebabkan mulut orang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Macam-macam mereka kata, saya mandul la, suami kita sed1h dapat kita, ayat mereka tu kej4m sangat, dan kebetulan masa tu saya tengah sensitif, tengah tak ada mood jadi rasa macam nak give up dan deactivate instagram saya.

“Tapi setiap kali saya rasa nak putus asa saya akan bangkit balik, usaha lagi, kalau saya ikut je mulut orang rasanya saya dah lama stop,” katanya yang menetap di Sepang, Selangor.

Antara komen-komen negatif yang sering diterimanya.

Mesra dipanggil Tira, wanita ini mengakui sokongan serta dokongan daripada suaminya membuatkan dia kuat untuk terus mencari rezeki yang halal sebagai seorang reviewer.

“Suami saya selalu tenangkan saya dan dia tak pernah cakap soal anak dengan saya, dia kata dah bukan rezeki lagi tunggu la Allah kasi.

“Tak perlu bersedih kerana dia sentiasa ada dengan saya walaupun apa jadi, “buat apa dengar mulut orang, yang hidup dengan awak bukan netizen pun”,” kongsinya yang masih belum dikurniakan cahaya mata setelah tiga tahun mend1rikan rumah tangga.

Suami Tira amat menyokong kerjayanya.

Berkongsi mengenai detik permulaan kariernya sebagai seorang reviewer, Tira berkata dia mula berj1nak-j1nak dalam bidang ini pada tahun 2018.

“Bila saya viral ada client yang direct mesej saya minta saya review produk mereka, jadi masa tu la saya mula.

“Saya makan memang tak cover ayu, itu cara saya review tapi mungkin orang nampak bvruk, InsyaAllah saya ubah slow-slow.

“Tapi itu style saya, dekat luar saya makan macam manusia biasa je,” katanya, yang mengemari nasi tomato.

Kesungguhan Tira makan membuatkan penonton terliur dan tertarik untuk mencuba makanan yang direviewnya.

Alhamdullilah, katanya, pendapatan yang diterimanya dari tugas itu selama ini membolehkan d1rinya menanggung keluarga serta membeli apa yang diinginkan.

Walaupun sering mencuba makanan baru, ironinya Tira mengakui bahawa d1rinya bukanlah seorang yang sentiasa “mengejar” untuk mencuba makanan viral.

“Saya bukan jenis yang mencuba makanan viral, saya buat (content) atas urusan kerja je dan saya makan setiap hari sama macam semua orang,” katanya.

Tidak seperti sangkaan ramai, Tira berkata dia sebenarnya tidak akan menghabiskan semua makanan yang direviewnya.

“Tak habiskan pun kalau ada yang saya tak sentuh saya akan bagi pada jiran contoh macam tauhu ke kalau banyak sangat saya memang asing untuk bagi jiran.

“Yang lebih tu saya bagi adik beradik atau suami makan,” katanya.

Tira akan berkongsi rezekinya dengan orang lain.

Malah menurut Tira dia juga mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatannya.

“Ada yang suruh akak bersenam tu, mereka bukan duduk satu rumah dengan saya, bersenam ke tidak bukan mereka nampak.

“Setiap minggu saya akan periksa paras gula saya, dan saya ada insurans kesihatan, hibah semua ada.

“Takkan semua benda nak update dekat orang, saya tahu d1ri saya macam mana,” tegasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“M4ndul, sel3keh, patut tak ada zuriat” – Cari rezeki reviu makanan, wanita makan tak cover ayu jadi m4ngsa bvli siber… nasib baik suami OK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*