Anak Gmie mula pelik Vida buka cerita arwah bapa minta bantuan, sekali anak arwh nafi dan ceritakan perkara sebenar

TIDAK pernah meminta sumbangan atau meminta-minta, anak kepada allahy4rham Gmie Screen menafikan pernah memohon bantuan kewangan kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Menurut anak sulungnya, Siti Hadirah apa yang diberitahu Vida tentang wakil arw4h meminta bantuan hanya salah faham apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil k3sempatan terhadap k3sihatan bapanya.

“Sebenarnya itu semua salah faham, abah tak ada minta bantuan. Tetapi ada kenalan abah nak tolong dan dia bekerja dengan individu yang berpangkat tinggi.

“Wakil daripada individu berkenaan bertanya tentang keadaan abah kepadanya dan dia buat surat untuk meminta bantuan dengan menggunakan nama abah. Tetapi surat itu bukan abah, saya atau ahli keluarga lain yang keluarkan, semuanya kenalan abah yang buat.

“Abah takvt kalau orang lain fikir seperti dia mahu mengambil k3sempatan dengan menggunakan popularitinya untuk mendapatkan sumbangan dari peminat. Kami sekeluarga memang langsung tak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak,” katanya kepada mStar.

Gmie atau Hajmi Ibrahim menghembvskan nafas pada pukul 2.30 pagi Jumaat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya ‘balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak ada… kau tak ada’. SITI HADIRAH ANAK allahy4rham GMIE SCREEN

allahy4rham men1ngg4l dunia pada usia 50 tahun akibat peny4kit buah pinggang berlvbang.

jen4z4h allahy4rham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor sekitar jam 10.30 pagi Jumaat.

Sementara itu, Siti Hadirah memberitahu bahawa arw4h bapanya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menyara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa yang sama, Siti Hadirah yang bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun Baharu, Klang turut membantu dari segi kewangan keluarga dan adik beradiknya.

allahy4rham sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang kerani di Wesport, Klang.

“Waktu abah start s4kit dulu dia minta cuti, lama-lama terus berhenti kerja sebab keadaannya yang semakin tervk. Abah ada duit simpanan untuk menyara kami sekeluarga dan dalam masa yang sama, saya tolong abah sepanjang PKP.

Berkongsi kenangannya terakhir bersama arw4h, kata Siti Hadirah, arw4h sering meminta dia pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

Katanya lagi, arw4h seolah-olah mahu anak-anaknya berada di rumah dan menghembvskan nafas terakhir bersama keluarga.

“Sejak seminggu ni abah selalu cakap balik sini cepat (ke rumah dia) setiap kali saya nak balik ke rumah sendiri. Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya ‘balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak ada… kau tak ada’.

“Kalau boleh abah tak nak men1ngg4l di hospital, dia nak men1ngg4l di rumah di samping keluarga dan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arw4h ibunya.

Kali terakhir saya bercakap dengan abah pada malam Khamis, nurse minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah penat,” katanya.

sumber:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : trending sangat


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Anak Gmie mula pelik Vida buka cerita arwah bapa minta bantuan, sekali anak arwh nafi dan ceritakan perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*